Tuesday, 23 September 2014
Benda Yang Aku Risaukan Dah Berlaku
Benda yang aku risaukan dah berlaku... apa yang aku risaukan? antaranya adalah cintakan dunia, aku perasan dunia telah berjaya menyelinap masuk ke dalam hati aku, saat dunia mula masuk ke dalam hati aku, hubungan aku dengan Allah makin jauh...
Aku lebih terdedah kepada serangan-serangan syaitan laknatullah. Hati aku sekarang dirasakan sangat parah.
Terkadang ada yang bersuara, just go with the flow of the environment...suara-suara itu dulu aku menentang sekeras-kerasnya,tapi kini kekuatan jiwa aku makin luntur, daya tahan untuk aku berlawan makin kurang, kubu hati aku makin dirobek-robek...
Aku sangat terseksa dalam penjara hati aku sendiri.saaaaangat terseksa, sehinggakan aku fikir untuk meninggalkan alam universiti untuk aku menuntut ilmu agama dan berusaha nak dekatkan diri aku dengan Allah, walaupun ada suara yang menyatakan, " akhirat-akhirat juga, dunia jangan tinggal, bagi balance." Kata-kata ini sebenarnya aku ambik untuk dibuang ke dalam tong sampah kerana kata-kata itu tak lain tak bukan hanyalah untuk pemuas nafsu sekarakah untuk memuaskan nafsu mengejar dunia makin jauh dari akhirat tanpa mereka sedar pun. Kata-kata itu tak lain tak bukan hanyalah sebagai alasan untuk mereka terus bercinta dengan dunia yag sementara ini. Buktinya kita dapat lihat, berapa banyak masa mereka habiskan untuk cari ilmu dunia tapi berapa banyak sangat masa yang dimanfaatkan untuk mencari ilmu akhirat...jawapan bagi persoalan ini rasanya sudah ada dalam minda para pembaca.
Jika mendalami dengan lebih dalam tentang zaman sekarang, aku rasa mungkin korang akan faham situasi aku, jadi kalau sekarang korang susah nak terima statement aku ini, bagi aku mungkin sebab korang masih belum nampak tentang zaman ini yang makin menuju ke pnghujungnya. Kemungkinan antara kalian yang pernah dengar hadis tentang peristiwa akhir zaman, tapi berapa ramai yang mengambil iktibar daripada hadis-hadis yang pernah didengari itu? Adakah sekadar dengar untuk tahu, atau dengar untuk dijadikan iktibar, untuk dijadikan pengajaran supaya dapat meningkat iman disamping menambah amal soleh?
fikir-fikirlah...
aku hanyalah seorang pendosa yang mencari jalan ke pangkal jalan agar aku dapat terus bejalan mengikut jalan yang diredhai Allah dan rasulullah saw.
Allah..Allah...Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yeah. Here i am feelng the same. Rasa macam dah tersasar jauh daripada tujuan sebenar hidup di dunia ini. Rasa macam susah sangat nak merealitikan azam yang berkobar-kobar. Rasa macam dah tak mampu nak lakukan. Jatuh.rebah Kaboom.
ReplyDeleteSaya faham apa awak rasa. Awak kena ingat, diri kita yang berkuasa mengendali diri kita. Jadi awak ada pilihan samada membiarkan diri awak dikendali oleh orang lain atau awak sendiri yang mengendali diri awak, sebabtu Allah kurniakan kita ni akal hehehe. Hidup di tangan awak, awak yang mencorakkannya. Jangan biar diri awak dikendali oleh perkara yang negatif sedangkan awak ada akal yang merupakan perwira yang mampu melawan semua perkara tu. Awak boleh! Yakin dengan diri awak and seek for Allah's help. Kita takboleh tinggalkan dunia terus dan kejar akhirat semata mata, betul..kena seimbangkan. Awak pernah dengar cerita tentang Imam Shafie dan isterinya? Suatu hari si isteri bertanya, 'adakah kamu sayangkan Allah?' jawab Imam Shafie, 'ya aku sayangkan Allah.' si isteri bertanya lagi, 'adakah kamu menyayangiku?' Imam Shafie menjawab 'ya aku sayangkan kamu.' si isteri bertanya, 'bagaimana kamu bisa menyayangi dua cinta dalam satu masa?' Imam Shafie menjawab, 'kerana cintaku kepada Allah, maka aku memperlakukan hamba hambaNya dengan sepenuh kasih sayang, menjaga dan melindungi sepenuh hati.' Hehehe awak faham tak sekarang?

ReplyDeleteAllah..
ReplyDelete