Friday, 13 September 2013

Ayah Dan Ibu

BISMILLAHIRROHMAANIRROHIIM...

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAH...


Alhamdulillah, saya masih mempunyai seorang ibu. Penulisan ini ditulis sebagai sebuah penghargaan buat seorang insan yang bergelar ibu.

Setiap kali aku melihat dan menatap wajah sayu ayah dan ibuku, hati kecilku begitu tersentuh. Selama ini, aku cuba sedaya upayaku untuk mengukirkan senyuman di bibir ayah dan ibuku dengan kejayaanku. Sering kali, aku akan cuba untuk men
jadikan ayah dan ibuku sebagai insan pertama untuk mendengar berita tentang kejayaanku. Aku ingin melihat melihat mereka tersenyum puas.

Di waktu sekolah rendah, jika ada cikgu memujiku di hadapan ayah dan ibuku, aku mampu untuk berpuas hati kerana dapat mengharumkan nama mereka. Namun, jika aku dikritik dihadapan ayah dan ibuku, aku akan menjadi risau. Risau pada pandangan seorang kanak-kanak kerana takut dihukum, tapi pada pandangan mata hati, risau itu kerana maruah.

Walaubagaimanapun, kedewasaan mendewasakan pemikiran, mematangkan pandangan dan perbuatan. Aku perlu mengawal segala tingkah laku dan percakapanku kerana namaku membawa maruah seorang bapa dan dan darahku mengalir susu seorang ibu. Jadi, aku merasakan bahawa perlunya untuk aku memikul tanggungjawab demi menjaga maruah ayah dan ibuku.

Wallahua'lam...

Assalmu'alaikumwarahmatullah...




No comments:

Post a Comment