Sunday, 1 September 2013

Rezeki Pemberian ALLAH S.W.T

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAH.

Tajuk yang cuba dikemukan pada entri kali ini mungkin seperti iklan di tv yang menjual produk-produk tertentu. Namun, anda jangan risau sebab saya tidak mahu promote apa jua jenis produk dalam entri ni.

Mukadimah bagi tajuk ni adalah mengenai seorang insan yang lahir dalam sebuah keluarga yang serba sederhana. Namun, dengan izin Allah, Allah telah memberikan kepada beliau sebuah kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. Segala Puji Bagi Allah...

Kisahnya bermula apabila seorang insan ini yang merupakan seorang abang kepada 4 orang adik yang terdiri daripada 2 lelaki dan 2 perempuan. Jadi, hamba Allah ini perlu bekerja bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga membolehkan adik-adiknya boleh belajar. Bagi beliau, biarlah beliau hanya belajar sampai darjah 6 dan pergi membanting tulang mencari rezeki bagi adik-adik serta untuk kedua-dua ibu bapanya. Beliau sanggup berkorban.

Beliau pernah bekerja sebagai nelayan di Kuala Kedah. Hasil tangkapan akan dibawa balik sedikit untuk adik-adik di rumah dan tak dilupakan juga kepada kedua-dua ibu bapanya di Tanjung Dawai yang mengusahakan sawah padi. Manakala hasil jualan tangkapan ikan juga akan diberikan sedikit kepada ibu bapa di samping dia tolong melangsaikan hutang di kedai runcit bagi pihak ibu bapanya. Maknanya, ibu dan bapanya ambiklah apa pun di kedai runcit tersebut kerana cukup sebulan beliau akan datang melunaskan hutang tersebut.

Setelah itu, beliau menjalani alam perkahwinan dengan seorang wanita yang tinggal tak jauh daripada rumahnya. Semasa tempoh mereka berkahwin itu suka dan duka dilalui bersama. Dalam tempoh ini, beliau bekerja dengan mengambil upah mengusahakan sawah padi. Apabila waktu malam, si isteri akan membawa 'torchlight' sambil menyuluh ke arah jalan yang gelap dan si suami akan menanggung baja. Beliau juga bekerja sebagai tukang kebun di SK Kuala Kedah.


Beliau dan isteri dikurniakan seorang anak lelaki pada 1977 (kalau tak silap). Kemudian, mereka kehilangan anak kedua dan ketiga ketika anak-anak mereka. Allah lebih menyayangi mereka. Kemudian, rezeki mereka makin bertambah apabila anak-anak mereka makin bertambah. Oleh itu, beliau perlu menambahkan pendapatan bagi menanggung hindup mereka sekeluarga lalu beliau mengambil langkah untuk mula berniaga dengan menggunakan motosikal masuk ke kampung-kampung. Setelah semakin lama terlibat dengan kerja berniaga, beliau mengambil langkah drastik untuk berhenti menjadi tukang kebun.

Kemudian, beliau mula mencari pengalaman dalam perniagaan beras. Pada mulanya beliau hanya menjadi seorang pekerja biasa. Setelah lama bekerja, beliau mula mengorak langkah dengan izin Allah. Beliau mula memohon untuk memilik lesen untuk menjalankan perniagaan beras. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, beliau diizinkan Allah untuk memiliki lesen tersebut setelah menjalani kursus.

Setelah memilik lesen untuk menjalankan perniagaan beras, Alhamdulillah, rezeki beliau semakin bertambah-tambah. Kemudian, pada satu tahun, beliau telah menimang seorang lagi cahaya mata dan beliau telah diuji pada tahun tersebut apabila beliau ditipu lebih kurang sebanyak RM 100,000. Beliau terpaksa menghentikan perniagaan beliau. Kehidupan beliau sekeluarga kembali menjadi seperti sebelumnya, cuma lebih baik sedikit. Kemudian, beliau telah bekerja dengan jabatan penerangan.

Setelah tahun demi tahun, beliau ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Lebih kurang, pada tahun 200* beliau telah menjadi pengarah urusan di sebuah syarikat atau kilang ais di jalan Kuala Kedah. Kilang ais tersebut membekalkan ais untuk para nelayan yang memerlukan ais untuk menyimpan ikan.

Dengan Izin Allah S.W.T, rezeki beliau semakin mencurah-curah setelah beliau dilantik sebagai pengerusi MADA cawangan Kuala Sungai, Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Pengerusi Yayasan MADA Kedah/Perlis.


Bila ditanya apakah rahsia di sebalik kejayaan beliau, jawapan yang leniau berikan adalah:

1. Jangan lupa ALLAH.
2. Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.
3. Sedekah.
4. Cari pengalaman.
5. Ceburkan diri dalam perniagaan dan jangan asyik makan gaji.

Alhamdulillah, kini dengan rezeki yang Allah bagi, kehidupan beliau sekeluarga lebih baik.





Renungan bersama.

Wallahua'lam.

Assalamu'alaikumwarahmatullah.


`

No comments:

Post a Comment