Assalamu'alaikumussalamwarahmatullah.
Penulisan aku kali ni bakal berkisarkan tentang pengalaman semasa dalam tempoh penyediaan presentation sampailah ke hari presentation.
Aku dan kawan-kawan kelas aku dibahagikan menikut group. satu group dalam 4 orang. Kemudian terselitnya seorang sahaja kaum hawa di dalam group aku dan lebihnya adalah lelaki ( konfem2 la kan takkan darai plak kot)...
kami diberikan tugas untuk menyediakan karangan yang panjangnya lebih kurang 600 patah perkataan. Kemudian karangan tu perlu dihantar... dan dibentangkan...(i like this part)... Kalau tak silap kami diber masa seminggu untuk siapkan karangan tu.
Habis kelas ja. terus masing-masing buat hal masing-masing. Hari demi hari berlalu. Tambahan pula, aku kalau masa sem 1 tu...haha pantang cuti. cuit sabtu dan ahad pun aku lari balik tapi bukan kedah la. jenoh la nak ulang alik Melaka-kedah, kedah-melaka. Aku dianugerahkan Allah dua orang abang. Sorang di selangor dan sorang di johor. Tengok, betapa baiknya perancangan Allah untuk aku sebagai hamba Allah yang lemah dan tak pernah belajar jauh daripada mak dan ayah serta keluarga aku.
Dulu masa tingkatan 4, aku masuk sekolah teknik alor setar duk asrama tahan 2 bulan ja.haha. *tapi bukan anak manja eh*...aku terpaksa buat tindakan drastik macam tu, sebab masa tu aku memang tak biasa duk asrama. Jadi bila masuk asrama ni, faham-faham la kan...ada prepnya, ada roll-callnya dan ada-ada sajalah.haha. Bila berkumpul ramai-ramai *1 bilik 16 orang* nak tidur awal tu memang mimpi la... Jadi kadang-kadang tu aku tidur pukul 1 pagi, kadang2 2 pagi...tengok keadaan la. Kecuali kalau aku tidur masa prep. haha.masa tu aku tu kalau memang aku dah bawa mood mengantuk aku, habis prep lepas solat Isyak ja...apa lagi...bumm!!! tidurla.
Wey dah lari topik kot. masuk balik bab presentation ni. Aku selalu balik kalau cuti...disebabkan aku selalu balik, kawan-kawan lain sibuk dengan aktiviti masing2, kami tak buat perbincangan. bila masuk minggu nak kena submit baru terhegeh-hegeh nak buat perbincangan.
Esok nak kena hantar dan bentang, malam tu baru pulun nak buat karangan. Tu pun tak tau lagi nak buat tajuk apa...haha. Awal2 tu aku nak buat tentang Early Marriage.*bukan sebab gatai nak bernikah naih* tapi nak tonjolkan bahawa baik nikah daripada couple. Tup tup, member nak buat tajuk tu.ok fine. now we have to find for another topic. Kemudian datanglah idea bernas. *bernas ke?* nak tau tajuk apa?
Mula-mula tu aku macam takut-takut juga nak suarakan pendapat aku tu. tetapi Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan kat aku untuk aku bagitau. Tajuk yang agak sensitif. tajuk dia THE FRUITS OF POLYGAMY.
"What?????????????#@$%. Polygamy? kau nak aku pukul kau dengan kerusi ni ke?"
* yang ni aku fikir apa kawan perempuan aku akan cakap lepas dia dengar cadangan aku* tapi haha...MasyaAllah...dia cool gila. Ok..aku tak kisah.aku ok je. sekarang ni aku pulak yang " What? are you sure?" * tapi bukan cakap depan2 la* hehe.
Maka keesokan harinya adalah hari untuk pembentangan...sambil menuggu kawan-kawan aku dari group lain membentangkan karangan mereka, aku yang duduk menunggu giliran tengah ketaq di situ. Setelah tamat group 4, aku dah ready nak present tapi still ketaq sebab kerja last minit faham2 la kan... Alhamdulillah Allah bagi peluang lagi kat group sebab lecturer aku cakap, " we continue next week". ALHAMDULILLAH...lega...
Maka aku pun ambik kesempatan nak edit2 balik tambah idea2 apa yang patut. lepas tu tunggu. Hari kena bentang pun tiba selepas tu. Sebelum pergi kelas tu, aku pergi print dan fotokopi dulu karangan tu. Dah selesai apa semua, aku pun naik ke fakulti aku...masuk kelas dan tunggu lecturer aku masuk. Lepas tu, sampai la lecturer aku dalam kelas. Aku group 5. Jadi hari ni group aku akan mulakan dulu. Ok...takpa2...relax...dh hbis edarkan kertas karangan kat kawan2 aku, aku pun start bagi salam nak mula. Darah duk naik turun. ketaq lutut kot. Dah bagi salam ja, aku bagi kawan aku buat pengenalan dulu tentang karangan kami buat.
*Eh sat sat.* Sebelum aku start tadi...bila lecturer aku dapat kertas karangan group aku... * lecturer aku perempuan* dy cakap lebih kurang macm ni, " girsl look at this topic*...aku hanya mampu senyum ja. dalam hati duk fikir " siap la Azmeer wey...tu la.gatai sangat nak pilih tajuk ni". Kawan perempuan aku dalam kelas dah masing-masing tanya sapa yang pilih tajuk ni?
Takkan kawan perempuan group aku pulak mesti target geng2 laki punya. Ahli group aku masing2 tengok aku. Bayangkan perasaan aku masa tu. *memang cuak habis la. Tambah2 pula kalau tak silap aku, lecturer aku tengah mengandung masa tu. Risau dia baling kerusi kat aku sia-sia kan. silap2 hari bulan jangan katakan nak poligami, nak kahwin satu pun tak boleh. hehe. Tapi aku macam biasa . Buat relax sudah. Jadi, bila aku start ja, semua mata tertumpu ke arah group aku dan apa yang kami nak bentangkan... * pengalaman aku, kalau nak pilih tajuk, pilih tajuk yang boleh tarik perhatian orang *
Maka, kawan aku yang laki pun mula pembentangan kami. Tergagap-gagap dia.haha padan muka. *lawak ja*. bila habis semua orang bentang, tiba giliran aku, dengan penuh keyakinan sehinggakan ada kawan-kawan aku cakap " confident je ". haha. Kita kena la yakin sebab kalau kita sendiri tak yakin,macam mana nak yakinkan orang lain.
Aku pun senyum ja dengar pujia kawan2 aku.* takut2 juga,takut dapat dosa riak free ja.* Na'uzubillahiminzalik. Yang aku tulis kata kawan2 aku puji tu kat blog aku ni bukan sebab nak habaq orang puji aku tapi aku nak bagitau keyakinan tu penting. Nak tau sebab apa?
Sebab masa present tu...MasyaAllah, Astaghfirullahaladzhim...grammar aku punya la terabur.haha. Allah saja yang tahu. Sebenarnya, luar yakin dalam kecut perut. Aku boleh cakp macam ni, " For the next paragraph, i give to the Risal." Kawan2 aku pakat gelak kat aku. Aku pun pelik la kenapa...tapi sebelum tu aku ada dengar kawan aku cakap grammar terabur. haha. Tapi motif kawan2 aku gelak aku tak faham lagi masa tu.
Lepas dah habis bentang, lecturer bagi sapa-sapa yang nak tanya boleh tanya. Lepas tu ada seorang budak perempuan tanya kawan perempuan group aku ni, 'Ainur. " 'Ainur, asthe only girl in your group, will u allow your husband to marry another woman soon?" Dia bole tanya macam tu. Terkejut aku!!! Aku pun apa lagi dengan pantasnya cuba memotong soalan tadi. Aku cakap, "Sorry, this is out from the topic." Kawan-kawan aku yang lain semua duk tunggu jawapan 'Ainur. Aku kalau boleh tak nka 'Ainur jawab sebab aku takut dia salah jawab.haha. Tapi aku kagum dengan 'Ainur sebab dia tenang. Dia cakap dia akan jawab. Aku pun macam..." serius?"
Lepas tu dia jawab. Dia cakap, " If my husband can be fair even if he has another wife maybe I will consider." Aku macam terkesima sekjap dengan jawapan dia. Aku macam, " wah, tenangnya dia." Kawan2 kelas aku yang lain pun macam " wah..." kagum dengan jawapan dia. haha. Dia tak cepat gelabah. *bukan macam aku.* hehe. Maknanya bila dia tenang, tak dak la dia nak jawab ikutkan perasaan. Kadang2 perempuan akan terus cakap "no!". Tapi dia susun ayat then cakap. Subhanallah.
Kemudian lecturerm aku cakap, " GOOD "...MasyaAllah... Alhamdulillah. aku kumpulan pertama yang dapat good. Aku dengan ahli2 group aku macam tak percaya. Alhamdulillah...kami hanya senyum dah ucapkan Alhamdulillah.* bukan nak riak tapi nak bagitau bahawa tiada usaha yang sia-sia.*...sebab sebelum nak bentang tu aku dan kawan2 group aku dah bertungkus lumus nak siapkan pembentangan tu.Aku print karangan untuk 33 orang 2 kali kalau tak silap. Berapa banyak dah modal kenakeluar. Jadi tiada usaha yang sia-sia. Alhamdulillah...tiba-tiba lecturer aku cakap, " but i have to deduct your mark because you have used shortform (for don't for example). I will deduct 1 mark." Aku dengan kawan-kawan aku diam ja la. Tiba-tiba, dengan kuasa dan izin Allah S.W.T...nak tahu apa yang jadi?Lecturer aku cakap dia bagi peluang kepada semua group untuk balik betulkan balik karangan tu. Nanti hantar kat dia dan tak payah bentang dah. Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah.
Lepas tu aku pun balik ke tempat aku nak duduk. Aku tanya kenapa gelakkan aku? Kawan aku cakap, "sebab grammar kau berterabur.lepas tu kau cakap i give to 'the Risal'." Baru au perasan.haha. Tapi masa cakap memang aku tak perasan. Sampaikan lecturer aku gelakkan aku sekali. haha. Malu kot.
ALHAMDULILAH...TERIMA KASIH YA ALAH KERANA TELAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HIDUPKU |
Terima kasih kepada kawan-kawan sem 1 dan 2 yang menyumbang kepada kenangan2 manis aku. Aku rindu saat dengan kawan-kawan aku.Semoga Allah mempertemukan kami lagi nanti...InsyaAllah...
Setakat ini dulu penulisan aku ni.
Assalamu'alaikumwarahmatullah.
No comments:
Post a Comment