Assalamu'alaikumwarahmatullah...
Hari ini aku nak cerita sikit pengalaman aku dalam asasi tesl uitm.
Cerita ringkas dia lebih kurang macam ni la. Pada tahun 2012 selepas aku dapat panggilan interview pada bulan april, dari situlah bermulanya kisah aku sebagai pelajar asasi tesl uitm kampus alor gajah melaka setelah aku berjaya lulus interview tu.( oi penat kot cakap sorang-sorang depan cermin )...
Aku memang minat Tesl or else senang cakap bahasa inggeris. Sebab tu aku mohon UIA u yang aku teringin nak masuk sampai la ni...tapi tak dak rezeki lagi. InsyaAllah one day I'll be there. amin... Selepas permohonan aku untuk UIA ditolak maka aku lulus yang nombor dua iaitu kos.....tesl la kan apa lagi... takkan tiba-tiba doktor pula kot.
Pada hari pendaftaran, aku dengan konfidennya berjalan nak pergi daftar. Dah sampai jumpa sorang budak perlis sorang kat khemah pendaftaran tapi aku tak tegur dia pun. (belagaknya)...bukan belagak...masa daftar kelam kabut kan.mana dengan dokumen yang nak kena bagi lagi. kan tegur dia lepas tu sembang best punya tiba-tiba aku terbagi dokumen tu dekat orang lain kan naya ja.
Lepas tu macam biasa la ada orientasi. * arghhhhhhhhhhhhhhhhhh* perit sungguh minggu orientasi. bayangkan pukul 1-3 baru nak tidur then pukul 5 @ 5.30 dah kena bangun. aku pernah lambat bangun satu hari tu...siap kena warning dengan NYD kolej aku. kena denda pulak.denda dia esok tu aku kena kejutkan budak-budak kolej maknanya kena bangun lagi awal. *arghhhhhhhhhhhhh* again. lepas dia habis cakap dengan aku, pergh aku kena jadi jaguh pecut pula nak lari pi masjid nak solat subuh. Dah sampai, Alhamdulillah, kalau tak silap aku orang dah solat dah...kelam kabut kelibut aku cepat-cepat ambil wuduk dan masuk solat. rasa macam orang bersalah ja masuk solat tu sebab lambat. *baru nak tau*.
Masuk dewan tu orang bagi ceramah ja...mulalah kerja yang biasa aku lakukan bila aku mengantuk waktu MDS. *tidur dulu* aktiviti berjalan macam biasa.
Keesokan harinya, aku bangun bangun macam budak-budak lain bangun. *eh jap-jap. ingat lagi dak aku kena denda? sepatutnya aku kena kejutkan orang. ha sudah... kelam kabut aku mandi... dah settle mandi terus turun nak kejar rombongan pelajar kolej nak pergi masjid. Kali ni YDP tunggu lagi, tapi mungkin dia tak perasan aku kot masa tu dan Allah nak selamat aku sama. Aku nampak dia tak perasan aku ja...* tunggu apa lagi pecut la*.
Kali ni kalau tak silap aku aku sempat kejar rombongan tu.
Minggu orientasi tak lengkap tanpa malam kebudayaan kan... so, aku bersama-sama beberapa kawan-kawan tesl yang lain masuk untuk buat performance sebab performance ikut fakulti. Kami sebagai minoriti di kampus tu pergilah ke atas stage setelah diberi arahan. Aku naik pentas dengan kawan aku budak perlis tu. Lepas tu sorang-sorang naik stage 4 orang laki dan 4 orang perempuan kalau tak silap. m
aaf kalau tersilap.
Start situlah aku mula ada kawan ramai sikit tambah branch budak perempuan.
Atas tu fakulti aku. Kenan Panjat bukit yang memang tinggi. lenguh kaki. |
Lepas tu maka keesokannya kalau tak silap aku adalah hari last MDS.* Ya Allah Alhamdulillah* maafkan aku kalau aku silap. Kemudian, bermulalah perjalananku sebagai pelajar asasi tesl kampus alor gajah, melaka.
Sampai sini dulu cerita aku. InsyaAllah kalau ada masa aku sambung bab lain pulak nanti.
Assalamu'alaikum...
No comments:
Post a Comment