Assalamu'alaikum.
Bagi sesetengah orang mungkin sesi perkenalan yang panjang mahu di ambil sebelum menuju ke alam perkahwinan. Itu tak salah selama mana pihak lelaki dan wanita masing-masing menjaga ikhtilat. Tapi moleklah jika perkara baik itu dipercepatkan bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan jika perkenalan terlalu lama dibimbangi akan menjerumuskan kedua-dua pihak ke dalam lubang maksiat.
Apabila perkenalan yang lebih mendalam selepas bernikah dijalankan, InsyaAllah suasana romntik akan lebih dapat disemai dan ditonjolkan. Namun, jika sesi perkenalan ambik masa yang terlalu lama kemungkinan pasangan tersebut akan mula berasa bosan dan jemu terhadap pasangan mereka.
Pernikahan yang macam mana kita mahukan? Yang mendapat redho Allah atau perkahwinan yang diasaskan daripada hawa nafsu? Ingatlah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
Kita tidak seharusnya mengharapkan jodoh kita itu seorang yang baik sedangkan kita sedang meniti jalan-jalan yang membawa kita ke arah keburukan dan kemungkaran. Allah sentiasa Maha Adil. Jadi lebih baik kita lakukan perubahan dahulu ke arah kebaikan dan kebenaran supaya Allah akan mempersiapkan jodoh yang baik kepada kita.
Apa yang hendak dibanggakan bila anda ke hulu ke hilir dengan orang yang bukan mahram anda? anda ingin bagitahu manusia bahawa anda mempunyai bakal suami dan bakal isteri? Sedarlah...tidak sepatutnya kita berasa bangga dengan perbuatan yang boleh menyebabkan kita tersungkur kerana orang yang kita bawa itu cumalah 'bakal' dan macam-macam boleh terjadi. kalau anda sudah kenal insan tersebut selama 10 tahun lamaanya sekalipun, namun jika dia bukan ditakdirkan sebagai jodoh anda bukankan ia sia-sia? Apakah anda mahu bagi kepada suami dan isteri anda yang sah nanti layanan yang second hand? Amat kasihan jika orang yang selayaknya dapatkan layanan first hand tapi diberi second hand.
Bagi lelaki, pilihlah seorang wanita yang mampu menjadi ibu kepada anak-anak anda. Pilih yang paling baik agamanya, InsyaAllah keluarga anda akan bahagia. Jika dapat wanita yang baik agamanya, dari keturunan yang baik, mempunyai harta dan mempunyai kecantikan itu adalah bonus bagi anda kerana aspek-aspek ini adalah sunnah rasul. Namun, yang perlu diutamakan adalah agama.
Bagi kaum wanita, pilihlah lelaki yang baik agamanya, InsyaAllah lelaki tersebut dapat menjadi suami dan ayah yang baik kepada anak-anak anda nanti. Tanggungjawab seorang suami adalah berat dalam usaha membimbing keluarga ke jalan Allah. Seorang suami bertindak sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab melindungi keluaga dan mendidik anak-anak serta isteri untuk bersama-sama berjuang menuju ke jalan Allah. InsyaAllah. Suami haruslah melayan isteri dengan baik dan curahkan kasih sayang terhadap mereka.
Semaikanlah sikap dan amalan berkasih sayang dalam keluarga supaya keluarga anda lebih menyayangi antara satu sama lain. Suami berperanan dalam mendidik anak-anak supaya lebih mengenali Allah, Rasulullah s.a.w dan memahami Islam. Terapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian serta amalkan sunnah-sunnah Rasulullah. s.a.w supaya keluarga anda akan terbiasa dengan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. InsyaAllah.
Ketahuilah bahawa Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment