ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Entri kali ini akan berkisarkan tentang gangguan jin melalui khianat manusia yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Nusantara iaitu santau atau racun. Apa yang boleh dikatakan adalah santau merupakan istilah orang Melayu, namun dalam perubatan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat santau merupakan sihir.
Santau merupaka pecahan daripada sihir. Kebiasaannya, mangsa yang terkena santau akan mendapat kesan serta merta seperti muntah berdarah. Santau memakan masa yang lama dan mangsa tidak menyedari bahawa dia telah terkena santau sehingga sakitnya semakin keras dan tubuhnya semakin kurus kering. Keberkesanan santau itu perlu kombinasi tiga perkara iaitu:
1. Bahan - Seperti bisa ular, serbuk kaca, miang rebung dan lain-lain.
2. Jampi - Pemujaan mengikut perhitungan hari dan bulan. Menyeru jin tertentu untuk datang dan memberi kesakitan kepada santau yang diperam.
3. Jin - Penghantaran santau biasanya menggunakan khidmat jin.
Dalam perubatan Melayu, santau terbahagi kepada empa jenis:
1. Santau biasa - Santau ini tidak melibatkan alam ghaib dan biasanya dimasukkan ke dalam makanan secara terus.
2. Santau angin - Racun yang diadun daripada bahan-bahan yang najis dan berbisa, ditapa (diperam dalam jangka masa tertentu) dan dihantar melalui perantaraan jin dan syaitan.
3. Santau makan dan minum - Santau ini biasanya digunakan peniaga kedai makan sematamata unrtuk melariskan jualan. Biasanya, pelanggan akan merasa sedap dan selesa apabila makan dan minum di sesebuah kedai itu. Bagi mereka yang dilindungi ALLAH, makanan dan minuman di kedai tersebut tiada apa yang istimewa.
4. Santau langkah - Biasanya sangtau jenis ini ditanam di tempat-tempat tertentu, sama ada adi hadapan rumah orang yang hendak disantau atau di kedai makan yang hendak disantau. Oleh itu, disunatkan membaca doa keluar rumah sebelum melangkah keluar.
Antara tanda-tanda santau adalah:
* Batu yang berlarutan. Ada kalanya batuk berdarah dan keluar debu-debu seperti kaca.
* Sakit tulang belaakang terutama pada waktu maghrib.
* Lenguh seluruh anggota badan.
* Istihadah berpanjangan bagi wanita sampai satu hingga tiga bulan atau lebih.
* Sakit bahagian belakang kepala atau dada pada waktu maghrib.
* Mimpi yang melibatkan ulat bulu, menyusu bayi, pisau, sembilu, miang buluh, ular, makan makanan kotor, paderi, gereja, kuil dan lain-lain.
* Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
* Gatal-gatal pada bahagian hadapan badan.
* Pemarah.
Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dengan perlindungan ALLAH:
1. Azan dan iqamat pada telinga yang baru lahir.
2. Membaca Ayatul Kursi.
3. Melakukan amalan seperti amalan Rasulullah s.a.w sebelum tidur iaitu mencantumkan kedua-dua tapak tangan kemudian dibacakan tiga qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Kemudian, baginda s.a.w menghembuskan ke atas kedua-dua tapak tangan baginda lalu disapukan ke bahagian tubuh baginda yang dapat dicapainya, dimulai dari atas kepala dan muka seta bahagian-bahagian hadapan badannya di mana baginda melakukan sedemikian sebanyak tiga kali.
Menurut Ummul Mukminin Aisyah ra. Beliau berkata: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, baginda akan menghinmpunkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” (HR. At-Tirmidzi , Lihat Kitab Syamail Muhammad cetakan Telaga Biru, hlm 167-168 )
4. Amalkan membaca surah-surah berikut setiap hari:
* Surah al-Fatihah 7x
* Ayatul Kursi
* al-Baqarah, ayat 285 hingga 286.
* al-Ikhlas 7x
* al- Falaq 7x
* an-Nas 7x
* Selawat 7x
* Baca doa penyembuhan
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْـبَأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَآءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, hilangkanlah petakanya dan sembuhkanlah dia, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada penyembuh kecuali penyembuhan-Mu, sebuah
penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Ini adalah sebahagian amalan-amalan yang boleh diamalkan bagi tujuan untuk memohon perlindungan Allah.
Sekian.
Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh...