BISMILLAHIRROHMAANIRROHIIM...
ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAH...
Kali ni tajuk aku agak lain sikit.
Aku tiba-tiba rasa nak tulis tentang awek aku pula.
Ok kita mulakan ceritanya la ya...Kisah dia macam ni...
Aku kenal awek aku masa tahun 2010 dan awek aku memang cun la... Masa mula-mula aku bawa awek aku pi sekolah tahun 2010 memang semua orang tengok ja.
Ok, jom pendekkan cerita lagi. Aku masuk uitm tahun 2012. Tapi aku bawa awek aku ikut aku sekali masa sem 2. Kalau nak keluar selalu aku keluar dengan awk aku di temani kawan aku.
Setelah sekian lama belajar kat sana, aku pun kena balik kedah...sebab aku dah habis belajar. Aku beli tiket nak balik Kedah dari Melaka. Awal tu plan aku nak balik sekali dengan awek aku. Dah ambik tiket, tiba-tiba mak aku cakap mak aku nak pi ambik aku kat Melaka. Jadi, aku terpaksa lepas awek aku balik Kedah sendirian. Urusan sapa nak jemput tu aku dah selesaikan.
Aku minta tolong anak menakan pupu aku tolong ambik kat shahab perdana iaitu stesen bas kat Alor Setar sebab aku kena pi Johor dan Shah Alam dulu, kemudian esok tu baru balik. Awek aku sampai kat Alor Setar petang juga la. Lepas tu, anak menakan pupu aku ni pi ambik dia dan anak menakan aku ni mesej aku kata dah ambik. Alhamdulillah lega.
Esok tu bila aku balik Kedah,sampai petang juga la. Aku tengok anak menakan pupu aku ni tak hantar dia mai rmh aku lagi. Mak aku suruh aku pi ambik kat rumah anak menakan pupu aku ni. Disebabkan letih aku cakap tengok la malam ni ka.
Kemudian, esok tu hari Jumaat, anak menakan pupu aku mai dengan mak dia bagitau awek aku hilang kat Tesco Mergong. Terkejut aku. Dia cakap hilang hari aku sampai, tapi hilang sebelum aku sampai Kedah lagi.
Dalam hati punya la geram... ada ka dah hilang semalam hari ni baru nak bagitau. Dia cakap dah buat laporan polis.
Jadi, sekarang aku dah lama tak jumpa awek aku sebab dia diculik. Tapi yang hilang tetap hilang. Aku kena cari pengganti juga.
Aku lupa pulak nak perkenalkan awek aku. Nama awek aku Yahama 135 LC.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.
Assalamu'alaikumwarahmatullah.
No comments:
Post a Comment