ASSALAMU'ALAIKUWARAHMATULLAH...
Kita mulakan dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
Tajuk yang saya ingin dikemukakan pada kali ini adalah PERHIASAN DUNIA : WANITA SOLEHAH.
Persoalannya...berapa ramai wanita yang ada di zaman kita? Seorang? 2 orang? atau 3 orang? seratus? seribu? Wallahua'lam.
Wahai kaum wanita, sebelum kedatangan Islam, martabat anda dipijak-pijak dan direndah-rendahkan. Namun, selepas kedatangan Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w, martabat dan maruah wanita diangkat.
Namun, hari pada zaman kita ini apa yang dapat kita lihat,kebanyakan wanita meletakkan maruah dan martabat mereka sendiri ditempat yang hina. Disebabkan terlalu disuapkan dengan kehidupan dunia yang penuh fitnah dan dusta, mereka mula berjalan terpesong tanpa membetulkan arah kembali,
Wahai kaum wanita, seandainya engkau mengetahui bahawa betapa sayangnya dan kasihnya ALLAH S.W.T kepada kamu, nescaya kamu akan sedar betapa ruginya kamu berpaling daripada ALLAH S.W.T. Jika engkau pasakkan ketaatan kepada ALLAH yang telah menciptakan kamu, InsyaALLAH nescaya dirimu akan sentiasa berusaha mendekatkan dirimu kepada-NYA.
Usahlah tertipu lagi dek pujuk rayu orang lelaki. Berhentilah daripada melakukan perkara yang hanya sia-sia.
Ingatlah, jika niat lelaki itu tulus untuk menjadikan engkau sebagai isterinya, dia tidak akan ambil remeh soal kehormatanmu kerana sudah tentu dia mahukan kehormatan isterinya tak dinodai.
Ingat! Perasaan sayang bukan hanya dengan lafaz bicara dan kata-kata manis tapi perlu dibuktikan dengan perbuatan iaitu perkahwinan.
Wallahua'lam...
Assalamu'alaikumwarahmatullah...
No comments:
Post a Comment