Tuesday, 20 August 2013

UMAT YANG TERBAIK

BISMILLAHIRROHMAANIRROHIIM.

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

Setelah sekian lama tidak mengemaskini penulisan blog ini, kali saya mengambil kesempatan untuk berkongsi ilmu Allah S.W.T serba sedikit berkenaan dengan apa yang dikatakan dengan 'Umat Yang Terbaik'.

Baiklah, sebelum saya lanjutkan lagi penulisan saya ini, marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Baiklah...sekarang kita mulakan perkongsian ilmu Allah.


Allah berfirman dalam Al Quran :

" Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan  mencegah  yang mungkar dan beriman kepada ALLAH." ( Ali- Imran : 110 )

Maksudnya, umat nabi Muhammad s.a.w merupakan umat terbaik dan paling bermanfaat untuk manusia lainnya. Disebabkan itulah mereka disifatkan Allah S.W.T sebagai yang ' menyuruh kepada yang makruf dan mecegah yang mungkar dan beriman kepada ALLAH.' 

Umat Muhammad juga adalah umat pertengahan di antara semua umat. Mereka mempunyai kebaikan yang tidak terdapat pada umat-umat yang lain. Ini sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam Al Quran :

 "Dan demikianlah (pula) KAMI telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan, agar kamu  menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." ( Al-Baqarah : 143 )


AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Umat Islam pada akhir zaman akan berpecah kepada 73 puak dan semua akan masuk neraka KECUALI satu puak sahaja iaitu puak yang disebut sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah atau al firqatun najiyah yakni golongan yang selamat ( dari neraka ).

Hujah di atas diperkuatkan lagi dengan hadis. Antaranya :

Daripada 'Auf bin Malik katanya: " Rasulullah s.a.w bersabda : " Yahudi berpuak-puak menjadi 71 puak. satu puak masuk syurga dan 70 puak masuk neraka. Dan Nasrani berpuak-puak menjadi 72 puak. 71 puak masuk neraka dan satu puak masuk syurga. Demi diri Muhammad di tangan-NYA, akan berpuak-puak (pula) umatku menjadi 73 puak. Satu puak masuk syurga dan 72 puak masuk neraka."

Baginda s.a.w ditanya : " Ya Rasulullah, siapakah mereka itu?" Baginda s.a.w menjawab : " Al Jamaah." ( Hadis riwayat. Ibnu Majah,  Lalkaaiy dan ibnu Abi 'Ashim) 
# Disebut Syeikh Nashiruddin Al-Albany dalam Salasilah Hadis Sahih, vol. III, hal. 380, Hadis No. 1492. Kata beliau sanadnya baik (jaiyyid).

Dalam riwayat lain:

Mereka bertanya : Siapakah puak itu, ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab : " Mereka yang mengikuti aku dan sahabat-sahabatku." ( HR. Tarmizi )
# Menurut Imam Tarmizi hadis ini hasan. Menurut Ibnu Taimiyah, hadis ini boleh dijadikan hujah.

Kesimpulannya, Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah sesiapa yang mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w dana sahabat-sahabat baginda s.a.w, sama ada jumlah mereka itu ramai ataupun sedikit kerana hal ini bergantung kepada keadaan umat walaupun mereka berada di tempat dan pada zaman yang berbeza.

Atas sebab inilah maka Abdullah bin Mas'ud berkata :

" Al-Jamaah ialah apa yang menepati kebenaran walaupun kamu sendirian. " 
( HR. AL Baihaqy di dalam Al- Madkhal)

Sesiapa yang ingin selamat daripada seksaan ALLAH S.W.T ( al firqah al naajiyah ) atau dinamakan juga Ahli Sunnah Wal Jamaah mestilah murni aqidah dan bersih minhajnya.


WASITIYAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Wasitiyah diambil daripada perkataan wasat yang bermaksud 'pertengahan', 'sederhana', 'adil' dan 'pilihan'. Maka wasitiyah umat nabi Muhammad s.a.w mengandungi makna kerana  hanya merekalah umat yang berada di atas kebenaran atau al-haq. Kebenaran yang terdapat pada umat nabi Muhammad s.a.w lebih menyeluruh dan sempurna jika dibandingkan dengan umat-umat lain.

Lebih daripada itu, mereka dijadikan kayu pengukur di antara para rasul dan umat-umat mereka. Ini sebagaimana firman ALLAH S.W.T di dalam ayat  di atas " agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia. " Maksud ayat ini ialah umat nabi Muhammad s.a.w merupakan umat pilihan dan dijadikan umat yang adil kerana mereka akan menjadi saksi atas perbuatan manusia yang menyimpang daripada kebenaran, di dunia dan di akhirat.

Sesiapa yang mengaku sebagai umat nabi Muhammad s.a.w, maka sifat wasat mestilah terserlah pada sikap dan keperibadiannya. Demikian juga kebenaran atau  al-haq  perlulah sempurna pada dirinya. Tetapi kedua-dua ciri tersebut, yakni wasat (pertengahan) dan  al-haq (kebenaran) tidak mungkin akan tercapai tanpa berpegang teguh kepada Al Quran serta sunnah Rasulullah s.a.w. Kedua-dua sumber tersebut mestilah dijadikn pedoman dalam segala urusan, sama ada perkara berkaitan ushul (aqidah) ataupun  furuu' (hukum-hakam amalan). Hakikat ini ditegaskan ALLAH S.W.T di dalam firman-NYA :

" Maka demi TUHANmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakimdalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak berasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima sepenuhnya. "
( An- Nisaa' : 65 )


Wasitiyah yang dituntut :

Agar jelas maksud wasitiyah yang dituntut Islam, beberapa faktor paling penting megenainya perlu diketahui iaitu:

* Wasitiyah dalam bab sifat.
- Ahli Sunnah Wal Jamaah membahaskan mengenai sifat-sifat ALLAH dengan mengitsbatkan apa yang ALLAH S.W.T itsbatkan untuk diri-NYA atau  seperti apa yang diitsbatkan rasul-NYA di dalam sunnah tanpa ta'thil (menolak) sebagaimana golongan nufaat iaitu golongan yang menafikan semua atau sebahagian sifat-sifat ALLAH S.W.T dan tidak pula mengitsbatkan seperti mana pendapat mumatstsilah iaitu golongan yang mengitsbatkan sifat-sifat ALLAH S.W.T sebagaimana sifat-sifat makhluk.

* Wasitiyah dalam bab af'aal.
-

* Wasitiyah dalam bab wa'd da wa'iid
-

* Wasitiyah tentang istilah Iman dan Agama
-

Sebenarnya masih ada huraian lagi tapi mungkin lain kali. Saya tak berani janji. Kalau rajin silalah tanya ustaz-ustaz, para alim ulama yang muktabar. Berusahalah mencari ilmu. Saya hanya dapat berkongsi sedikit dan saya harap ilmu Allah yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk anda para pembaca.

Wallahua'lam.

Sekian...



Assalamu'alaikumwarahmatullahiwabarakatuh.




No comments:

Post a Comment