BISMILLAHIRROHMAANIROHIIM...
ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAH...
Penulisan kali ini bakal berkisarkan pengalaman aku semasa menghadiri temuduga bagi program Asasi Tesl Uitm.
Aku masih ingat lagi, masa tu hari Khamis, aku baru pulang dari sekolah sebab aku kerja kat koperasi sekolah. Sampai ja kat rumah, aku dapat satu mesej yang menyuruh aku pergi 'check' laman web Uitm. Masa tu memang aku dah rasa macam ada berita baik dah. Aku pun check la. sekali naik, TAHNIAH, anda berjaya untuk panggilan temuduga bagi programm Asasi Tesl Uitm. Memang terkejut la...Alhamdulillah, ALLAH bagi apa yang aku nak iaitu Tesl.
Tapi, pada masa tu dia bagi arahan tentang dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa semasa hari temuduga dan semua dokumen tu perlu disahkan. Masa ni aku pening jap...Mana aku nak cari orang sah dokumen-dokumen aku. Esok sekolah tutup. Dalam hati ni duk fikir, " eh time ni la baru dia bagitau.bagitau la awal sikit. dah la hari Ahad ni temuduga."
Nasib baik aku rapat dengan cikgu-cikgu aku. Alhamdulillah. hari Sabtu tu, aku call sorang cikgu aku sebab nak minta tolong cop. Dia cakap dia tinggal cop kat sekolah. Aku pun fikir, " takkan nak menyusahkan dia pulak kan." Lepas tu dia cakap kat aku, suruh pergi sekolah sebab ada sorang lagi cikgu aku duk buat kelas tambahan. Alhamdulillah, lega aku.
Aku pun apa lagi, kelam kabut la speed naik moto pi sekolah aku. Dah sampai aku pun cakap la bla....bla...bla... Dah selesai semua aku pun balik dan practice speaking.
Hari interview pun menjelma...haha.Pagi tu aku naik kereta dan aku pasang cd lagu westlife. Ayah dan mak aku tak cakap pa pun bila aku pasang cd tu. Mak dan ayah aku memang tak main lagu orang putih ni. Tapi, disebabkan aku, Mak dan ayah aku gagahi jua.haha.
Bila sampai ja kat depan pintu pagar Uitm Permatang Pauh, memang dah dub dab dub dab dah jantung aku. Tapi tak pa...Tidak aku takut, Tidak aku gentar kerana ALLAH sentiasa bersama aku. Dah sampai tu, ayah aku ajak kami sekeluarga breakfast dulu. Tapi aku cakap kat ayah aku, naik dulu la takut dia panggil orang tak dak pula. Lepas tu kami pun naik dan aku terkejut sebab memang dia panggil dah untuk tujuan ujian bertulis. At this moment, i thought that i had a mistake... Why? Sebab aku tak prepare kotak pensil masa tu. Kebetulan pulak ayah aku bawa pen.Alhamdulillah...bila aku tengok pen tu, dakwat pula buat main-main dengan aku.Aku dah la duk gelabah...Alhamdulillah, ALLAH tolong aku dan izinkan aku habiskan karangan aku walaupun lekat tak lekat pada mulanya. Aku nak tergelak pun ada masa masuk dewan ujian bertulis tu sebab orang lain ada yang bawa kotak pensil letak kat atas lantai lagi. Aku pula...pen sebatang.haha.Nak pinjam kat orang if anything happen at that moment aku rasa memang aku akan fikir banyak kali la.Memang malu la nak pinjam waktu jawab test pula.
Dah habis jawab tu, aku keluar dari bilik test tu dan kami dipanggil di hadapan bilik interview masing-masing. Kami diberitahu cara susunan dokumen-dokumen tersebut. Aku masa tu tak cakap banyak dah sebab nervous punya pasal. Aku susun ja. Alhamdulillah adik aku pun tolong aku susun. Lepas tu sorang-sorang kena panggil masuk bilik interview. Aku lambat lagi... Jadi aku pergi belakang bilik tu dan ayah aku pun bagi aku roti Gardenia...(Gardenia...sungguh enak dimakan begitu saja). Aku pun makan. Lepas tu, terus cepat-cepat pi kat depan bilik tu balik. Tengok-tengok balik, aku rasa ada yang tak pi interview.
Kemudian, tiba saat giliran aku. Masa tu, aku tak cakap banyak dah... aku baca Bismillahirromaanirrohiim. dan masuk ke bilik tu dengan confident.( Kalau hampa nak tau, waktu aku tulis bahagian ni, sku tengah ketaq sebenaqnya.lihatlah betapa kuatnya effect dia) haha. Alhamdulillah, aku masih ingat pesanan cikgu aku, apa-apa pun be confident. Kadang-kadang dia nak tengok kita confident atau tak.
Jadi, aku masuk bagi salam dengan muka confidet dan selepas aku tutup pintu bilik tu, aku toleh muka aku tengok penemuduga aku ada dua orang. Aku pun senyum dan jalan ke arah mereka dalam keadaan badan tegak.
Aku bagi dokumen-dokumen aku, kemudia salah seorang tu suruh ak duduk. Aku pun duduk la dengan keadaan tangan kat atas paha aku, badan tegak, muka dan mata menghadap ke arah kedua-dua orang mereka.
Kemudian sesi tersebut berjalan...
Penemuduga 1 (P1): How are today?
Aku: Alhamdulillah i'm fine. Thank you.
P1: Okay, please explain a lil bit about yourself.
Aku: My name is Azmeer bin Ahmad,i'm from Kuala Kedah, Kedah, i'm eighteen years old...
P1: What? Eighty?
Aku: Dalam hati " ho suddoh...salah cakap ka atau dia salah dengar? Muka aku nampak macam umur 80 ka? ish...ish..ish...ish..." Aku pun cakap, eighteen.
P1: Oh...I heard 80. Ok, continue...
Aku: Actually, when i was f3, i love to be a teacher and when i was f4 i love english. So, i got an idea to combine both of these,so, i want to be an english teacher.
P1: Why do you want to be a teacher?
Aku: Actually, when i was studying in secondary school, i involved in many activities that required me to act as a teacher. For example, i have been selected as a prefect since my primary school until my secondary school. So, the interest came when i always communicate with my teacher on how to handle some cases regarding to discipline matters for example. Then,when i was in f5, i was selected as the assistant for the head prefect of my school. So, from there, i began to love more and more about being as a teacher. I want to contribute for the next generation. (time ni aku cuba tak bagi dia untuk mencelah sebab aku akan cuba terangkan betul-betul)
P1: Oh ok.
P2: What do you know about the issue regarding to education?
Aku: "Alhamdulillah...tak sia-sia aku cuba study tentang ni." What i know is about PTPTN.
P2: So, what do you think about this issue?
Aku: Dalam hati "ok. soalan ni aku kena jawab hati-hati. Boleh jadi dia sokong tak dihapuskan dan boleh jadi sebaliknya." In my opinion, to abolish PTPTN it has its own advantage and disadvantage.
P2: So, do you think that it is good? * dalam riak wajah yang sangat ingin tahu*
Aku: *Memandangkan dia dah tunjuk reaksi macam tu, Alhamdullillah, aku rasa aku tahu jawapan apa yang patut aku bagi.Guna teknik pembacaan reaksi wajah...hehe* No... I said it has its own advantage and disadvantage. Its advantage is for those who have finished their studies, they would love to see the PTPTN is abolished. However, we still need to think the people who are not from rich family. We know that when we want to pursue our study, we need money to make preparation. We have to buy, clothes, shirts, books and pay for fees. So, that will requires a lot of money. That is for preparation only, not for our studies yet. So, it does requires a lot of money. So, if we think back, if we want to abolished PTPTN, it's not an easy thing to do and it might affect something. So, to abolish PTPTN is not the right thing yet.
P2: Ok..Do your have any question to ask?
Aku: No.
P2: Ok. That's all.
Aku pun bangun pi ambik balik dokumen-dokumen aku dan dia P2 cakap good luck. Aku pun cakap thank you.
Aku keluar dari bilik tu ayah aku tanya aku, macam mana ok tak? Aku pun jawab la Alhamdulillah ok. Ayah aku tanya aku, awat sat sangat? Aku cakap depa tanya sikit ja. Lepas tu kami pun balik.
Masuk dalam kereta nak balik rumah balik. Aku pun rasa tak confident dengan apa yang aku jawab plus grammar tak tau la macam mna masa interview. Dialog kat atas tu bukannya 100% tepat macam apa yang aku cakap. Cuma lebih kurang macam tu la. Aku tiba-tib terfikir masa aku duk dalam kereta tu...masa ujian bertulis tu, aku tulis dalam karangan aku realize jadi realise...aku duk fikir...salah pulak la ejaan aku. Aku tengok ayah aku, ayah aku macam risau takut aku tak dapat sebab sat sangat aku dah habis dah. Ayah aku pernah temuduga orang sebelum ni, jadi dia risau la kalau sat tu takut tak dapat. Aku cuba yakinkan ayah aku. InsyaALLAH ok...masa interview tu rasa confident, masa ujian bertulis tu ja kurang sikit (sebab salah eja).
Lepas tu sampai-sampai rumah, aku buka kamus nak tengok betul dak ejaan aku. Tengok-tengok...Alhamdulillah, dia ada dua versi... Satu British satu lagi Amerika.
Hari pengumuman keputusan tu, aku tengah kerja kat koperasi sekolah. Memang ketaq tak payah nak habaq la nak tau keputusan. Bila tengok-tengok... Alhamdulillah, dapat.
Kesimpulannya, kalau dapat interview tu, rajin-rajin la sikit cari maklumat berkaitan sebelum hadir untuk temuduga. Yakin dengan ALLAH.
Masa jawab soalan tu jangan tunjuk reaksi kita tengah takut. Yakin dengan jawapan anda. Tunjukkan budi bahasa yang baik, berfikiran matang dan rasional dalam melontarkan pandangan.
Sampai sini saja.
Assalamu'alaikumwarahmatullah...
waaaa, fellow teslians....
ReplyDeleteapa-apapun best nya interview.
kena tanya sikit je. :3
tu la..mmg sikit.haha.cuma mungkin ada kurang sikit somewhere sbb dh stahun kn...dh lupa byk dh. :)
DeleteAssalamualaikum, hi Azmeer..what an interesting post! Actually harini (11/4/2016) dah boleh semak samada dapat panggilan temuduga ke tak. I opened the website,but there's no an offer letter, I mean..yes there's nothing. Yang ada cuma list list program yang saya andaikan mungkin program program tu yang dapat panggilan temuduga. Tapi..bukan sepatutnya ada surat tawaran online ke? Actually..ada ke? Macam mana nak tahu kita dapat ke tak? Because takde pun dia minta kita isi ic ke, apa ke untuk check samada kita ni dapat panggilan temuduga tu ke tak. Atau memang dia cuma bagitau list program untuk temuduga je? I'm so distracted T.T
ReplyDeletewa'alaikumussalam.i'm truly sorry for the late reply as i rarely and barely to have my eyes on this blog.
DeleteSupposedly, there should be a call letter for interview which you have to put your ic in order to hve that letter. but, i can't be sure enough as the system might be different now. but, as i know, so far, it should be as mentioned.
Assalamualaikum and hi. I'm sorry for this late question since I just received my offer letter utk temuduga ni. And i'm dead nervous right now. Cuma nak tanya did you bring any certificates and ada possibility tak diorang tanya soalan based on certificates yang kita bawak tu ? That's all thankyou and i enjoyed reading your story ^^
ReplyDelete