Thursday, 22 August 2013

PoLiTiK Oh PoLiTiK

BISMILLAHIRROHMAANIRROHIIM...

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAH.

Kali ni kita buka cerita pasal politik...

Jangan risau...sebab saya nak tulis kali ni bukan untuk sebelah mana-mana parti...Cuma untuk perkongsian bersama mengenai suasana politik di negara kita.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum mengenai suasana atau kehangatan dunia politik di Malaysia yang semakin hari semakin keruh yang dikeruhkan lagi oleh penyokong-penyokong parti masing. Sedarkah kita bahawa arena politik di Malaysia semakin hari semakin berubah wajah? 'Wajah' yang ingin kembalikan keadilan di samping menentang dan mencegah kemungkaran. Aspek ini dapat dilihat menerusi gambaran 1D.
Di sebalik tabirnya pula terdapat gambaran 2D di mana orang atasan berebut-rebut  untuk mendapatkan kuasa hingga ada pihak yang kadang kala terdesak, mereka akan melakukan atau menggunakan apa jua cara bagi menjaga kepentingan DIRI. Akhir sekali, jika kupaskan lagi dengan gambaran 3D kita akan dapat melihat tentang perpecahan di negara ini.

GAMBARAN 1D

Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah tentang kebangkitan rakyat dalam usaha men cegah kemungkaran yang sedang berlaku dalam kalangan orang atasan.

Antara kemungkaran yang berlaku adalah rasuah dan penyelewengan wang. Kedua-dua ini merupakan isu yang besar dan merupakan penyumbang terbesar terhadap kebangkitan rakyat. Isu-isu ini memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa wujudnya rasuah dan penyelewengan wang. Antara perkaran lain yang menjadi punca adalah isu royalti minyak negeri kelantan.

GAMBARAN 2D

Perebutan kuasa juga jelas kelihatan dan rakyat dapat menilainya sendiri di mana kebanyakan orang atasan masing-masing berusaha sedaya upaya untuk enjaga kepentingan peribadi supaya dapat kekal dalam arena politik.

GAMBARAN 3D

Isu politik ini bukan hanya melibatkan orang-orang atasan bahkan secara langsungnya rakyat turut terlibat dalam percaturan mengatur adan menyusun langkah negara.

Semua yang di atas bukan niat sebenar untuk penulisan kali ini. Atas tu highlight ja...

Maksud yang cuba disampaikan, gara-gara politik masyarakat negara ini mula berpecah belah sehinggakan apa yang dilakukan kerajaan boleh dikatakan semuanya salah di mata mereka. Proton keluarkan model baru, dia nak bandingkan dengan kereta mitsubishi. Nasib mitsubishi, kalau dengan ferari, tak ke haru biru. Tak mustahil negara kita akan jatuh disebabkan kita sendiri.

Kesimpulannya, ALLAH S.W.T memberikan kita akal untuk berfikir. Gunakan akal yang telah ALLAH S.W.T berikan kepada kita bukan gunakan hati yang marah dalam mengeluarkan pendapat.

Wallahua'lam. Maaf andai terkasar bahasa.

Sekian...

Assalamu'alaikumwarahmatullah.


No comments:

Post a Comment