Thursday 25 April 2013

kembalinya Ammar Hakim bin Azahari ke rahmatullah.


 Ammar Hakim bin Azahari...hari ini bila salah seorang kakak aku bercerita tentang dia pernah bermimpi arwah anak sauadara aku ini datang melawat pada masa smabutan hari jadi mak aku...tiba-tiba sedbak,rindu dan sedih tu Allah saja yang tahu. Mana kan tidak, inilah salah seorang anak saudara aku yang rapat dengan aku.

Hari ini kakak aku cakap bahawa dia da bermimpi tentang kunjungan arwah anak saudara aku di dalam mimpidengan wajah yang bersih,rambut tersisir rapi,berbaju putih dan sampai ke kasut tu putih. Apa yang mencuit hati aku sebelum itu bila kakak aq cakap bahawa arwah datng bersama seorang budak perempuan. kakak dan abang sulong aku pun menjemput la arwah masuk tapi ditolaknya sambil abang dan kakak aku mengusik arwah tentang budak perempuan yang dibawanya itu. Budak perempuan itu dikatakan kakak aku berwajah comel. Saat diusik, arwah dalam keadaan tersipu malu. Selepas itu, arwh sempat bersalam dengan saudara-saudara aku yang lain dan mak serta ayah aku. Selepas itu, arwah terpaksa pulang.kakak terbangun  dari mimpi selepas itu apabila anak sulong dia terbatuk.

Kebetulannya, salah seorang anak saudara aku ada cakap malam sambutan hari lahir mak aku bahawa dia nampak arwah. Namun, disebabkan dia hanya berusia 5 tahun jadi orang macam menghiraukannya. Di sini aku ingin kongsikan lakaran hidup arwah dua hari sebelum bleiau pergi buat slema-lamanya.



 


 30 Julai:

Beliau mengalami demam yang amat panas sehingga mencecah 42 darjah celcius. apabila pergi ke klinik, doktor cakap hanya demam biasa dan diberikan suntikan.setelah balik ke rumah pada malam itu, beliau tidur bersama-sama abahnya. apabila bangun pada keesokan harinya badan beliau sudah ada kesam lebam-lebam.

31 Julai:

 Lalu abang aku terus ke hospital banting untuk mendapatkan rawatan lanjut. Namun beliau terpaksa dihantar ke hospital klang untuk dapatkan rawatan lanjut kerana penyakit yang dihidapinya baru pertama kali terjadi Malaysia.Setibanya beliau di hospital klang doktor terus membawa beliau ke wad icu tanpa beliau sempat mengcapkan slemat tinggal buat kali terakhir. Beliau memang tidak mahu masuk wad kerana beliau mahu masuk pertandingan solat. Semasa beliau dimasukkan ke dalam wad icu, beliau masih dalam keadaan berpuasa. Apabila beliau dimasukkan ke dalam wad icu maka setelah itu terputuslah komunikasi antara beliau dengan kami sekeluarga.

1 Ogos:

Doktor cakap kali ni pluang tipis banyak-banyakkan berdoa semoga keajaiban berlaku.selepas itu, apabila keadaan arwah semakin tenat, umi arwah dinasihatkan supaya 'melepaskan' arwah supaya pemergian beliau akan lebih daripada beliau terus terseksa. Kali pertama apabila umi arwah ingin masuk untuk bercakap dengan arwah buat kali terakhir, umi arwah telah pengsan. Apabila sedar daripada pengsan, umi arwah cuba sekali lagi, namun pengsan buat kali kedua. Walaubagaimanapun, setelah sedar kembali, umi arwah cuba kumpulkan semua kekuatn yang ada dan masuk ke dalam wad icu tersebut.

Lalu umi arwah cakap " ammar, umi halalkan susu umi,makan minum amar dan umi maafkan ammar. jika ini pilihan ammar, umi redho dan umi lepaskan ammar. "

Tiba-tiba arwah mengalirkan air mata, kemudian menghembuskan nafas terakhir.
Maka pergilah buat selama-lamanya insan yang bernama Ammar Hakim bin Azahari yang menjadi penghibur kami sekeluarga.Allah meminjamkan beliau seketika buat kami untuk menghiburkan kami. Arwah seorang yang petah berbicara.perlakuannya bukan sperti kanak-kanak biasa. perwatakannya bagaikan orang dewasa. Arwah mudah menerima apa yang yang dipelajarinya. Arwaha merupakan abang yang berani dan menunjukkn keupayaannya dalam menjaga adik-adik beliau. Bayangkan seorang kanak-kanak yang berusia 6 tahun pada waktu itu mampu menjaga adik-adik yang masih kecil dan memandikan mereka. Semasa kecil, beliau sering meniru dan mengikut langkah beliau dalam menunaikan solat dan azan

Perkataan pertama yang beliau belajar dalam bahasa kedah adalah 'loqlaq'. Kini arwah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat sealma-lamanya dan yang tinggal hanyalah kenangan manis bersama-sama arwah. Al-Fatihah.


sambungan

2. Wanita berpakaian menyerupai lelaki

*Islam tak melarang wanita nak berfesyen tapi biarlah kena gayanya.
*Allah dan rasul-Nya melaknat wanita Islam yang berpakaian menyerupai lelaki.

Rasulullah bersabda:

" Rasulullah s.a.w melaknat wani-wanita yang berpakaian menyerupai kaum lelaki dan lelaki berpakaian menyerupai wanita. " ( H.R Bukhari )

3. Wanita bergaul bebas dengan lelaki bukan muhrim

* boleh datangkan fitnah
* sebabkan gejala sosial.

" Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk ber*dua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri muhrim." (H.R Bukhari dan Muslim)

4. Wanita bersalaman dengan lelaki bukan muhrim

* haram sentuh tangan bukan muhrim
* kalau nak tengok aurat pn dah tak boleh, inikan sentuh.

" Sungguh dimasukkan kepada salah seorang daripada kamu dengan jarum dari dua besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya. " ( H.R Tabrani )



Wednesday 24 April 2013

Antara Larangan Rasulullah Terhadap Wanita

1.Wanita Mendedahkan Aurat

* Dilarang dedah kpd bkn muhrim.
* Sebab boleh tarik nafsu

Rasulullah s.a.w bersabda, " Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan  dia (auratnya) melainkan mukanya dan dua tangannya  sampai pergelangannya. " (H.R Abu Daud)

Pengenalan

Assalamu'alaikumwrahmatullah. sebenarnya saya baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia blog. Jadi, dengan sukacitanya saya ingin memperkenalkan diri saya dulu. Nama penuh saya Azmeer bin Ahmad, 19 tahun,asal Kuala Kedah,lepasan asasi tesl Uitm. Saya suka membaca, bermain bola sepak.hmmm.tu je lah.So i hope we can share something through this blog.