Monday 14 October 2019

HARGA RUMAH MAHAL



Di dalam laporan "Agenda Perumahan Strategik Demi Malaysia Bersih" oleh Khazanah Research Institute, dinyatakan bahawa berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sebanyak 100 759 unit kediaman tidak terjual pada tahun 2018. Jumlahnya unit yang tidak terjual itu lebih tinggi sekiranya kita ambil kira sekali unit perumahan jenis serviced apartment dan SOHO iaitu sebanyak 150 908.

Dalam banyak-banyak unit yang tidak terjual ni, hanya 45 027 unit kediaman sahaja yang berjaya dijual. Manakala, bagi kediaman baharu yang dilancarkan pada 2018 iaitu sebanyak 66 040 unit, jumlah yang berjaya dijual hanyalah sekitar 34.58% (tak sampai 50% pun).

Kalau kita tengok pada trend semasa di mana harga pasaran terus meningkat ditambah pula dengan jumlah unit yang tidak terjual, akan makin bertambahlah lambakan rumah yang tidak terjual menjelang tahun-tahun yang akan datang.

Jadi, timbul persoalan di sini. Adakah unit-unit perumahan yang dibina tersebut dipasarkan setelah mengambil kira permintaan dan kajian pasaran yang tepat atau tidak sebab kalaulah perkara-perkara tersebut diambil kira takkanlah punya banyak unit perumahan yang tak terjual? Bukan hanya setakat rumah yang sedah dibina saja tak terjual bahkan juga rumah-rumah yang sudah siap dibina pun tak berjaya dijual.

Antara sebab yang paling jelas kenapa banyak rumah yang tidak terjual adalah harga rumah yang terlalu tinggi sebahagian besarnya didorong oleh sikap pemaju yang hanya fokus untuk mencapai trajektori masing-masing ditambah dengan spesifikasi rumah serta lokasi pula tak sepadan dengan harga. Maka, tidak ada "equilibrium price" (maksud "equilibrium price" pertemuan antara harga penawaran dan harga permintaan pada suatu titik. Anda boleh lihat gambar yang disertakan).



Manakala pemberian pembiayaan secara mudah menimbulkan persoalan mungkin menyumbang kepada peningkatan harga rumah serta terhadap pasaran secara keseluruhan. Ini termasuklah skim-skim pembiayaan ‘kreatif’ sedikit sebanyak mungkin menjadi puncar peningkatan harga dan pasaran perumahan, walaupun secara kasarnya ianya memudahkan pembelian rumah oleh orang ramai.

Antara cara bagi mengatasi isu ini mungkin kita perlu beralih daripada sistem jual kemudian bina kepada bina kemudian jual kerana sistem ini lebih mesra pembeli walau ianya tidak digemari oleh sesetengah orang supaya mereka boleh memilih rumah yang menepati citarasa di samping dapat mengelakkan keterikatan risiko semasa tempoh pembinaan.

 pula perlu buat penelitian dan kajian dulu supaya tidak terpedaya dengan skim-skim pembiayaan 'kreatif' termasuklah dengan pemberian rebat. Kadang-kadang bila rebat yang diberi agak tinggi, jadi timbul persoalan tentang berapa sebenarnya harga sebenar rumah tersebut. Adakah rebat tu sekadar untuk mengaburi mata bahawa rumah itu sebenarnya dijual pada harga yang terlalu tinggi tak sepadan dengan kos pembinaannya?

Di pihak kerajaan pula, persekitaran pasaran yang kompetitif perlu disediakan agar dapat menggalakkan pemain-pemain swasta untuk menyediakan perumahan yang bertepatan dengan kemampuan orang ramai. Skim perumahan kerajaan seharusnya disasarkan kepada isi rumah berpendapatan rendah.


Rujukan:

Agenda Perumahan Strategik Demi Malaysia Bersih, Khazanah Researh Institute

Memikirkan Semula Perumahan: Antara Negara, Pasaran dan Masyarakat, Khazanah Research Institute


Sunday 19 May 2019

"Hypnotize" Your Audiences! Siri 1

Assalamu'alaikum...

Rasa gugup, takut, cemas ataupun menggigil setiap kali kita perlu menyampaikan pengucapan awam di khalayak ramai itu adalah biasa bahkan boleh dikatakan hampir setiap orang akan mengalami perasaan tersebut.

Cumanya, ianya berbalik kepada persoalan bagaimana kita mengawal perasaan dan keadaan tersebut. Perlu diingat bahawa kita tidak boleh biarkan perasaan dan keadaan tersebut mengawal kita kerana ianya boleh mengganggu mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar kita.

Walaubagaimanapun, penulisan pada kali ini saya lebih berminat untuk menyentuh dan berkongsi serba sedikit tentang teknik dan tips ketika berucap di khalayak umum berdasarkan pengalaman selama ini. I want to share on how to bring the audiences to enter into the world that we are talking about. "Hypnotize" Your Audiences!



1 : Relax

Teknik saya ini mungkin agak sedikit berbeza daripada apa yang anda pernah baca tetapi ini adalah berdasarkan apa yang saya sendiri buat. Relax ataupun dalam bahasa mudahnya adalah bertenang. Ya, ianya kedengaran simple tetapi perkara yang mudah inilah ramai yang tidak titikberatkan maka sebab itu apabila setiap kali berucap mereka tidak tahu apa yang hendak dikatakan padahal bermacam-macam perkara yang mahu disampaikan pada awalnya. 

Perlu diingat bahawa ketakutan ataupun keghairahan dalam menyampaikan ucapan boleh menggangu proses penyampaian kita. Oleh itu, bertenanglah agar minda lebih tenang, fokus di samping kita dapat menyusun kata-kata yang hendak disampaikan SATU PERSATU. Chill. Apabila, naik sahaja pentas, bertenang, senyum dan bernafas seperti biasa. Jangan biarkan ketakutan atau keghairahan menghalang otak anda daripada berfikir secara biasa.


2 : Tarik perhatian 

Sebaik sahaja anda berdiri di hadapan pendengar sambil memegang mikrofon atau berdiri di hadapan rostrum, jangan gopoh untuk terus memulakan ucapan anda. Sebaiknya, anda perlu tarik perhatian pendengar kepada anda terlebih dahulu. Bagaimana? Mulakan dengan membetulkan mikrofon anda sambil mata anda memerhati kepada reaksi pendengar anda.


3 : Kenali pendengar anda

Anda perlu mengenali pendengar anda agar ucapan itu selaras dan sesuai dengan mereka. Kenapa? Tujuan kita bercakap adalah untuk menyampaikan mesej. Jadi, sekiranya kita bercakap dengan bahasa yang tinggi macam mana pun sekiranya mesej tidak sampai maka kita dikira gagal. Umpama kita jual produk yang branded dan mahal, tapi sekiranya orang tak mampu beli, maka produk itu dikira gagal.


4 : Fahami isi ucapan

Apabila anda ingin pendengar anda menyelami isi ucapan yang ingin disampaikan, maka anda perlulah terlebih dahulu fahami dan hayati mesej tersebut terlebih dahulu. Umpamanya macam ini. Anda mahu bagitahu kepada seseorang bahawa Pulau Langkawi itu sangat indah. Jadi, apa yang anda perlu lakukan? Ya, anda sepatutnya pergi ke tempat itu dahulu bagi melihat dan mengalami sendiri pengalaman berada di tempat tersebut. Barulah kita boleh ajak orang masuk ke dunia yang kita nak cerita tersebut. Ucapan yang nak diucapkan itu perlu dihayati terlebih dahulu.


5 : Berinteraksi dengan pendengar

Interaksi sangat penting semasa pengucapan awam, kalau tidak jadilah pengucapan awam itu satu ucapan yang syok sendiri. Interaksi yang paling minimum adalah 'eyes contact' (maksudnya kita melihat kepada pendengar seolah-olah kita macam kita tengah bercakap untuk berinteraksi dengan mereka) untuk menarik perhatian mereka kepada pengucapan awam kita.


Saya rasa cukup 5 teknik ini dulu untuk dikongsikan pada kali ini. Sebenarnya banyak lagi tapi saya nak sentuh berkaitan perkara asas saja dulu. Kalau saya rajin, saya kongsikan lagi. Tak tahulah bila nak rajin lagi tu. haha. Semoga asbab daripada perkongsian ini, anda dapat memperbaiki teknik pengucapan awam anda. Sekian dulu untuk perkongsian pada kali ini.

Assalamu'alaikum.
Gambar semasa menjadi salah seorang perwakilan mahasiswa dan juga sebagai pembahas di Parlimen Mahasiswa 2017.