Sunday 2 July 2017

Membina Keyakinan Diri

Bagaimana nak bina keyakinan di dalam diri?

Jika kita mahu membina keyakinan diri kita antara yang mula-mula kita perlu buat adalah tawakkal dan letakkan kebergantungan kita kepada Allah. Percayalah. kita takkan boleh buat kalau bukan izin Allah. Kemudian, kita perlu sedar bahawa salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri adalah dengan letakkan kepercayaan pada diri sendiri. Kalau kita tak percaya diri kita, maka, jangan harapkan orang lain akan percaya kita.

Seterusnya, bagaimana mahu meningkatkan keyakinan diri? Satu perkara yang perlu kita ketahui bahawa seuatu kemahiran tak datang bergolek. Jadi, kita kena cari. Macam mana nak cari?

1- Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti persatuan, kemasyarakatan dan sebagainya.
2- Banyakkan interaksi dengan orang secara realiti, bukan melalui alam maya.

Kalau kita nak bina keyakinan diri, kita juga kena berani mencabar diri. Apa yang dimaksudkan dengan mencabar diri? Jawapannya adalah keluar daripada zon selesa. Selagi kita tak berani keluar daripada zon selesa, itu membuktikan bahawa kita masih belum yakin. Jadi, salah satu cara untuk keluar daripada zon selesa adalah dengan mencuba benda baru. Apabila kita mencuba benda baru, kadang-kadang kita mungkin akan benci dengan benda tu, tapi, InsyaAllah, sekiranya ianya dilakukan dengan passion, kita akan enjoy apa yang kita buat.

Pernah dengar phrase ni?

"Success is not the key to happiness, but happiness is the key to success. So, love what you do now." (lebih kurang macam ni la bunyinya).

Kebahagiaan itu perkara yang subjektif, tetapi apa yang cuba disampaikan di sini adalah, enjoylah apa yang kita buat sebab kalau kita tak enjoy, maka kita akan kurang belajar kerana banyak melayan perasaan tak suka tu.

Seterusnya, kalau nak confident ni, biar yakin yang jelas dan pasti. Jangan jadi seperti golongan yang "biar bodoh asal confident." Kita tak nak orang macam ni. Jadi, nak tak nak kita kena banyak membaca. Cari input untuk diri sendiri supaya diri tak kosong. Salah satu cara nak dapatkan input ni adalah dengan.... berbalik kepada perkara penglibatan kita dengan masyarakat, interaksi kita dengan masyarakat dan sejauh mana kita mencuba benda baru.

Pernah dengar phrase ni?

" Success is not a destination, but it is a journey."

Jadi, kejayaan, keyakinan itu tak datang sekelip mata. Dia melibatkan pengembaraan kita dalam membina keyakinan dari dalam bukan hanya daripada luar semata-mata. Kalau hanya daripada luar, itu keyakinan yang palsu dan keyakinan yang palsu biasanya aura tu tak dak. Benda palsu memang la kan.

Selain daripada itu (macam karangan), nak bina keyakinan diri ni, kita kena hindarkan diri daripada negative vibes. Contoh negative vibes adalah kata-kata yang mempertikaikan kebolehan dan kemampuan kita. Sampai bila kita nak dengar kata-kata orang? Kalau orang kritik kita, jangan mudah melatah. Kata nak yakin kan? Orang yang yakin tak mudah melatah. Kita tak perlu buktikan kemampuan kita dengan kata-kata, tapi, dengan hasil kejayaan kita.

Kemudian, belajar bercakap di khalayak ramai (public speaking). Bayangkan orang di depan kita seolah-olah menantikan sesuatu daripada kita. Jadi, berikan yang terbaik dan sampaikan dengan baik. Tetapi, jangan sampai rasa sombong dan angkuh kononnya kita la yang paling tahu banyak benda kat situ. Nak yakin boleh, tapi, jangan over-confident. Bila over-confident la boleh tergelincir masuk dalam golongan "biar bodoh asal confident."

Last, kalau nak tampil yakin, persediaan dan pengalaman kena ada. Pengalaman merupakan salah satu sebab kita meningkat matang dan dewasa. Persediaan pula merupakan satu keperluan sebab berbeza orang yang bersedia dengan tidak bersedia.

Believe yourself. Love yourself. Stay Humble.