Wednesday 25 September 2013

Iman Bertambah Atau Berkurang?

BISMILLAHIRROHMAANIRROHIIM...

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAH...


To be honest, through this entry, i'm actually wanna share with u guys about my experiences studying in MSU. Maybe some of your are wondering, " why did i chose IMAN BERTAMBAH ATAU BERKURANG for the title of this post?" I'll simply answer the question, it's my post and it's my blog, so i have the right to name any title of my post.haha.just kidding.

Let us go thoroughly one by one.

Actually, i have been in MSU for 1 just around 1 week...Yes, you might be wondering, " just 1 week and now you want to tell us about MSU already? what can you tell us?"...haha...Please don't ask me that silly question.

Let me tell you about MSU achievement first.
MSU can be categorized as one of the top private in Malaysia... Through its data, MSU has produced a lot of graduates and around 90% or 95% of the graduates have been hired for jobs...Alhamdulillah to hear this.
MSU offers the critical subjects that are needed by the industries maybe not just for Malaysia's industries, but for the global market as well.

MSU has got quite much achievement and they got many establishment from inside and outside of this country. So, in term of credibility in producing quality graduates MSU has the ability...InsyaAllah. MSU trains its graduates in term softskill also. As we all know, softskill is one of the important characteristic that is needed to be hired for any job. Don't even dream on getting for a job just by using your academic transcript. Sometimes, even if you're good in academic but you're lacking in term of leadership, communication skill and so on, these actually can be your liability that  may affect your academic achievement.

Ok.done with the MSU achievement.

Now, let's proceed with the environment of MSU.
If you wanna ask me about the facilities and so on... MSU provides modern facilities. So, no worry about the facilities.But in IPTAs, sometimes your have to learn using 'mahjong papers' because the IPTAs don't provide you with enough projectors i guess because i used to study in UiTM and it's hardly to get a projector. However, in MSU, each class is already been provided with a projector.


The management of MSU.

I have to admit that MSU has the worst management that i have seen. it's enough to say this.

The social life in MSU...

For me it depends on each individual. If we wanna talk about social problems regarding the social life in MSU, i don't think that i have to describe it because it is a private university. Maklumlah, anak orang-orang kaya. Why did i say this? ok, let's check it out. Wait2. However, i'm not a son of a wealthy person because i'm just an ordinary person who came here to seek for knowledge with the bless from ALLAH and without ALLAH i'm nothing.

In MSU, you can see free shows.What is it? If you wanna see naked women, yes this is one of the place...but not all of them. I used to encounter with some ladies who wore niqab...i respect them. May Allah help them and protect them from fitnah dunia. What i'm gonna say here is about women wearing transparent shirt,tight shirts and jeans and i used to see a pair of couple hug at one of the cafe shamelessly. Seeing this, most of the times i feel so ashamed to admit that i'm an MSU student.

In the moment of orientation, i did feel proud because i'm studying in one of the top private uni, but seeing this, i'm scared that i might be affected by the environment. Sometimes, i like to be quiet, just see what is going to happen next and every negative thing that i see i must digest them and make them as a lesson for me not to do that. So, this is the starting point for me to upgrade my faith. May ALLAH bless me and ease my journey in seeking knowledge. May ALLAH protect me from fitnah dunia, fitnah dajjal, fitnah akhir zaman and fitnah kubur.

That's all for this entry...


Wallahua'lam.

Assalamu'alaikumwarahmatullah.

Saturday 14 September 2013

First-hand love

BISMILLAHIRROHMAANIRROHIIM...

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAH...


Apa yang anda fikir tentang first-hand love?

Sekarang ni, mana-mana kita pergi selalu nampak orang berdating tapi masih belum kahwin. Apa yang anda fikir bila melihat gelagat mereka? Suka? Meluat? Menyampah? Kesian?

Pada pandangan saya, saya akan cakap kesian...kesian pada suami perempuan tadi andai si suami bukanlah lelaki yang di sebelah dia tu...kesian juga dekat si isteri kepada lelaki tu andai si isteri tersebut bukanlah perempuan yang di sebelahnya itu.

Disebabkan itu juga la saya terfikir nak tulis tentang first-hand love. Kenapa  saya cakap saya kesian? Jawapan saya ini saya akan jawab dengan soalan... Tidakkah anda merasa simpati terhadap kedua-dua pasangan tersebut? mendapat cinta yang bukan first-hand dengan hanya dapat 2nd hand, 3rd hand love?
Namun, bila difikirkan balik, ALLAH itu MAHA ADIL...ingatlah janji ALLAH... Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik... Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.


Jadi, berilah cinta first-hand kepada pasangan hidup kita yang halal nanti. Berikan kasih dan sayang kita kepada yang halal buat kita dan tak perlu langsung nak bagi kat orang yang belum tentu milik kita. Cuma, ianya satu fitrah la kalau kita suka dengan orang yang berlainan jantina...Sebab Allah menciptakan kita berpasang-pasangan. Kalau betul-betul dah suka, biarlah dengan cara  yang beradab.


Kalau dah mampu,terus ja berjumpa dengan keluarga orang tersebut. Kalau tak mampu, berdoa supaya kalau dia jodoh kita, mohon kepada Allah supaya Allah jodohkan dia dengan kita...

Wallahua'lam.

Assalamu'alaikumwarahmatullah.





Friday 13 September 2013

Ayah Dan Ibu

BISMILLAHIRROHMAANIRROHIIM...

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAH...


Alhamdulillah, saya masih mempunyai seorang ibu. Penulisan ini ditulis sebagai sebuah penghargaan buat seorang insan yang bergelar ibu.

Setiap kali aku melihat dan menatap wajah sayu ayah dan ibuku, hati kecilku begitu tersentuh. Selama ini, aku cuba sedaya upayaku untuk mengukirkan senyuman di bibir ayah dan ibuku dengan kejayaanku. Sering kali, aku akan cuba untuk men
jadikan ayah dan ibuku sebagai insan pertama untuk mendengar berita tentang kejayaanku. Aku ingin melihat melihat mereka tersenyum puas.

Di waktu sekolah rendah, jika ada cikgu memujiku di hadapan ayah dan ibuku, aku mampu untuk berpuas hati kerana dapat mengharumkan nama mereka. Namun, jika aku dikritik dihadapan ayah dan ibuku, aku akan menjadi risau. Risau pada pandangan seorang kanak-kanak kerana takut dihukum, tapi pada pandangan mata hati, risau itu kerana maruah.

Walaubagaimanapun, kedewasaan mendewasakan pemikiran, mematangkan pandangan dan perbuatan. Aku perlu mengawal segala tingkah laku dan percakapanku kerana namaku membawa maruah seorang bapa dan dan darahku mengalir susu seorang ibu. Jadi, aku merasakan bahawa perlunya untuk aku memikul tanggungjawab demi menjaga maruah ayah dan ibuku.

Wallahua'lam...

Assalmu'alaikumwarahmatullah...




Akal atau Hati???

BISMILLAHIRROHMAANIRROHIIM...

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAH...

Pernah tak dengar ayat ni,,, " ikut akal InsyaAllah selamat, ikut hati, 'mati'?"

Peranan akal dan hati dapat dilihat tatkala kita menghadapi suatu keadaan yang menekan di saat kita diuji. Akal akan memainkan peranannya untuk membawa pemikiran tuan badan ke arah kebaikan manakala hati lebih didorong nafsu.

Kita semua pasti sudah mengetahui bahawa salah satu pintu untuk syaitan laknatullah masuk ke dalam tubuh badan kita adalah di saat kita marah,kecewa dan menghadapi tekanan yang boleh menimbulkan rasa marah.
Apabila kita berada dalam keadaan marah, hati kita mula memainkan peranannya dengan membisikkan perkara-perkara yang negatif.

Walaubagaimanapun, berbekalkan keimanan kepada ALLAH S.W.T dan kebaikan yang terdapat kepada akal, peranan hati dapat dilumpuhkan. Tatkala hati membisikkan sesuatu yang negatif, gunakan akal kita untuk mencegah kemaraan hati dengan memasukkan pemikiran yang positif ke dalam pemikiran kita.

Oleh itu, kita perlu sentiasa bijak mengawal keadaan di saat kita sedang marah kerana orang yang kuat sebenarnya bukan orang yang boleh menumpaskan 10 orang semasa bergaduh, tapi orang yang boleh menundukkan kemarahan dia sendiri. Apabila anda sedang marah, elakkan daripada berbicara kearan dikhuatiri akan terlepas cakap perkara yang sepatutnya tidak diungkapkan.

Wallahua'lam.

Assalamu'alaikumwarahmatullah.



Sunday 1 September 2013

Rezeki Pemberian ALLAH S.W.T

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAH.

Tajuk yang cuba dikemukan pada entri kali ini mungkin seperti iklan di tv yang menjual produk-produk tertentu. Namun, anda jangan risau sebab saya tidak mahu promote apa jua jenis produk dalam entri ni.

Mukadimah bagi tajuk ni adalah mengenai seorang insan yang lahir dalam sebuah keluarga yang serba sederhana. Namun, dengan izin Allah, Allah telah memberikan kepada beliau sebuah kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. Segala Puji Bagi Allah...

Kisahnya bermula apabila seorang insan ini yang merupakan seorang abang kepada 4 orang adik yang terdiri daripada 2 lelaki dan 2 perempuan. Jadi, hamba Allah ini perlu bekerja bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga membolehkan adik-adiknya boleh belajar. Bagi beliau, biarlah beliau hanya belajar sampai darjah 6 dan pergi membanting tulang mencari rezeki bagi adik-adik serta untuk kedua-dua ibu bapanya. Beliau sanggup berkorban.

Beliau pernah bekerja sebagai nelayan di Kuala Kedah. Hasil tangkapan akan dibawa balik sedikit untuk adik-adik di rumah dan tak dilupakan juga kepada kedua-dua ibu bapanya di Tanjung Dawai yang mengusahakan sawah padi. Manakala hasil jualan tangkapan ikan juga akan diberikan sedikit kepada ibu bapa di samping dia tolong melangsaikan hutang di kedai runcit bagi pihak ibu bapanya. Maknanya, ibu dan bapanya ambiklah apa pun di kedai runcit tersebut kerana cukup sebulan beliau akan datang melunaskan hutang tersebut.

Setelah itu, beliau menjalani alam perkahwinan dengan seorang wanita yang tinggal tak jauh daripada rumahnya. Semasa tempoh mereka berkahwin itu suka dan duka dilalui bersama. Dalam tempoh ini, beliau bekerja dengan mengambil upah mengusahakan sawah padi. Apabila waktu malam, si isteri akan membawa 'torchlight' sambil menyuluh ke arah jalan yang gelap dan si suami akan menanggung baja. Beliau juga bekerja sebagai tukang kebun di SK Kuala Kedah.


Beliau dan isteri dikurniakan seorang anak lelaki pada 1977 (kalau tak silap). Kemudian, mereka kehilangan anak kedua dan ketiga ketika anak-anak mereka. Allah lebih menyayangi mereka. Kemudian, rezeki mereka makin bertambah apabila anak-anak mereka makin bertambah. Oleh itu, beliau perlu menambahkan pendapatan bagi menanggung hindup mereka sekeluarga lalu beliau mengambil langkah untuk mula berniaga dengan menggunakan motosikal masuk ke kampung-kampung. Setelah semakin lama terlibat dengan kerja berniaga, beliau mengambil langkah drastik untuk berhenti menjadi tukang kebun.

Kemudian, beliau mula mencari pengalaman dalam perniagaan beras. Pada mulanya beliau hanya menjadi seorang pekerja biasa. Setelah lama bekerja, beliau mula mengorak langkah dengan izin Allah. Beliau mula memohon untuk memilik lesen untuk menjalankan perniagaan beras. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, beliau diizinkan Allah untuk memiliki lesen tersebut setelah menjalani kursus.

Setelah memilik lesen untuk menjalankan perniagaan beras, Alhamdulillah, rezeki beliau semakin bertambah-tambah. Kemudian, pada satu tahun, beliau telah menimang seorang lagi cahaya mata dan beliau telah diuji pada tahun tersebut apabila beliau ditipu lebih kurang sebanyak RM 100,000. Beliau terpaksa menghentikan perniagaan beliau. Kehidupan beliau sekeluarga kembali menjadi seperti sebelumnya, cuma lebih baik sedikit. Kemudian, beliau telah bekerja dengan jabatan penerangan.

Setelah tahun demi tahun, beliau ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Lebih kurang, pada tahun 200* beliau telah menjadi pengarah urusan di sebuah syarikat atau kilang ais di jalan Kuala Kedah. Kilang ais tersebut membekalkan ais untuk para nelayan yang memerlukan ais untuk menyimpan ikan.

Dengan Izin Allah S.W.T, rezeki beliau semakin mencurah-curah setelah beliau dilantik sebagai pengerusi MADA cawangan Kuala Sungai, Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Pengerusi Yayasan MADA Kedah/Perlis.


Bila ditanya apakah rahsia di sebalik kejayaan beliau, jawapan yang leniau berikan adalah:

1. Jangan lupa ALLAH.
2. Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.
3. Sedekah.
4. Cari pengalaman.
5. Ceburkan diri dalam perniagaan dan jangan asyik makan gaji.

Alhamdulillah, kini dengan rezeki yang Allah bagi, kehidupan beliau sekeluarga lebih baik.





Renungan bersama.

Wallahua'lam.

Assalamu'alaikumwarahmatullah.


`