Monday 27 November 2017

Family Oriented

Aku sangat mementingkan institusi kekeluargaan... Kalau aku kahwin pun aku akan sangat pentingkan keluarga. Bagi aku keluarga merupakan satu anugerah yang cukup tak ternilai yang diberi oleh Allah. 

Kalau aku nak cari isteri pun, aku akan cari based on my parents requirement... sebab aku kahwin bukan untuk diri aku sahaja tapi aku mencari menantu buat mak dan ayah yang menjaga aku daripada aku kecil. Aku tak nak tersalah pilih isteri yang dikhuatiri akan menyakiti hati dan perasaan kedua-dua orang tua aku. Apa guna punya isteri yang punya harta dan rupa, kalau hormat serta kasih kepada orang tuanya tiada. 

Aku tak kisah kalau orang nak kata aku anak mak ke anak ayah ake sebab memang aku anak diorang pun. Kalau ibu bapa kita tak redha dengan kita, bagaimana mahu mengharap keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala? Kadang-kadang kita terlalu nak menjaga hati dan perasaan kawan dan isteri sehingga kita sanggup melukai hati kedua-dua ibu bapa sedangkan daripada kaki kita sebesar tapak tangan kita, mereka yang jaga kita, mereka yang belai kita dan mereka yang memberi kasih sayang kepada kita... Lalu apakah alasan kita untuk membelakangi mereka?
Setiap kali aku mahu mencari calon isteri buat diri aku, aku akan melihat dari 3 sudut perspektif iaitu, perspektif aku, ibu bapa aku dan keluarga aku sebab orang yang aku nak bawa masuk ini bukan untuk masuk ke dalam kehidupan aku saja, bahkan ke dalam kehidupan ibu bapa dan keluarga aku. Kadang-kadang ada ketika soalan-soalan ataupun tindakan aku sebenarnya adalah untuk melihat respon dan tindak balas bagi tindakan aku kerana dari situ akan menilai.

Ketika di sekolah aku ni diperli oleh kawan-kawan aku bahawa aku ni mempunyai taste orang tua... haha... Tak kisah lah sebab aku yang nak kahwin... Sebab diorang cakap macam tu sebab aku ni suka perempuan yang lebih tua daripada aku. haha. Tapi, sebenarnya bukanlah tua umur yang aku cari, tapi aku suka dengan perempuan yang matang dan berdikari. Aku perlukan seorang perempuan yang matang dan boleh berdikari dalam hidup aku, di saat aku mahu terbang tinggi, aku harap akan ada seorang wanita yang boleh memahami dan menyokong aku. Aku inginkan seorang perempuan yang berdikari agar dia boleh mendokong aku ketika aku perlukan dokongan.

Tak dinafikan, aku memang memiliki emosi yang kadang-kadang lebih kurang perempuan. Aku tak mudah nak suka orang... tapi once aku sayang memang aku sayang betul-betul. Aku pun ada past history yang buatkan aku tak mudah percaya perempuan... Aku dah pernah rasa dipergunakan... haha...kelakar wey... rasa macam nak tampaq ja muka aku berkali-kali. Daripada situ juga lah aku mula berhati-hati dengan perempuan. Perempuan ni juga ibarat anak panah syaitan dan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam juga telah memberi peringatan bahawa perempuan merupakan fitnah terbesar bagi lelaki di akhir zaman.

Berbalik kepada topik. Kalau nak cari calon isteri atau suami lihat kepada ciri-ciri yang telah disabdakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam iaitu kalau nak cari isteri, tengok yg baik agamanya, ni ciri yang paling diutamakan dan kalau nak cari suami pun tengok yang baik agamanya. Baik agamanya itu tak semestinya yang berjubah, berserban, berpurdah dan sebagainya, tapi pengamalan agamanya. 

Jadi, sekian sahaja, untuk kali ini....ingat, kalau nak buat apa-apa pun, ingat Allah, ingat Rasulullah, ingat mak ayah dan ingat keluarga kita.

Do you miss the memories?

Pernah tak ketika kita duduk sendirian, lalu terkenangkan kenangan-kenangan dari kita kecil hinggalah sekarang?

Ada tak perkara yang anda pernah rasa menyesal kerana tidak menghargainya apabila anda mempunyainya?

Hidup ini tidaklah mudah dan apa yang lepas mungkin tidak akan kembali lagi. Itulah memori... Memori ni satu benda yang jadi pada masa yang lalu dan kini hanya tinggal sebagai kenangan untuk dikenang. Setiap orang pasti ada memori yang indah dan juga memori yang pahit dalam kehidupan. Itu adalah satu pekara biasa...

Cumanya apa yang aku cuba sampaikan di sini, enjoy every moment while we have it supaya kita tak menyesal nanti. Kalau kita ada kawan, enjoy your moment with our friends... Buat benda-benda yang kita suka... Melancong, bercuti, bermain, food hunting dan segalanya (selama mana bertepatan dengan syariah)... We need to remember, we can find money thousands, millions or even billions, but we might never have the same memories again.

Kadang-kadang memori itu mungkin pahit pada ketika itu, namun, adakalanya ianya boleh bertukar menjadi indah bila dikenang kembali. 

Adakalanya, mungkin kita akan terfikir bahawa alangkah indahnya sekiranya kita dapat kembali ke masa lalu enjoying our kids days and moments without having to struggle much in life... Bermain, bergurau, menangis ketawa... indahnya zaman kanak-kanak... indahnya zaman persekolahan... indahnya zaman universiti... Oleh itu, alangkah ruginya jika kita tidak menikmati apa yang kita ada sekarang.

Sungguh, hidup di atas dunia ini merupakan satu perjalanan... mengenali diri, mengejar keperluan dan keinginan diri, meneruskan kehidupan tanpa henti... namun, kita perlu ingat bahawa perjalanan di atas dunia ini tak lain dan tak bukan adalah bagi mencari bekalan untuk bertemu Allah, Tuhan Pencipta sekalian alam.


Oleh itu, sementara bernyawa dan bernafas, hargailah setiap masa yang kita punyai. Terima ksih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada memori aku.