Wednesday 31 July 2013

Kenangan

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Assalamu'alaikumwarahmatullah...

Hari ini bersamaan 23 Ramadhon ataupun 1 ogos.

Kini aku mengimbau peristiwa yang berlaku 12 Ramadhon bersamaan dengan 1 ogos 2012...

29/8/2012: 

Pada tarikh ini, aku perlu pulang ke tempat pengajianku di Melaka. Seperti sedia kala, abang aku akan menghatar aku ke stesen bas di Shah Alam. Abang aku ditemani kakak ipar aku dan 2 orang anak saudara aku iaitu Adam dan Mukhriz. Namun kali ini, Ammar iaitu anak abang aku yang sulong tak ikut serta dan tinggal dengan pengasuhnya yang tinggal di kawasan kejiranan tersebut.

Sebelum bergerak ke stesen bas tersebut,abang aku menghantar anaknya yang sulong itu ke rumah pengasuhnya. Aku mengambil kesempatan itu utuk bersalaman dan menciumnya.

1/8/2012:

Aku sedang bersiap-siap untuk ke kelas pada 10.30 pagi. hari tu adalah hari rabu. jadi dalam pukul 10.30 aku dapat satu panggilan daripada kakak aku.

Bila aku menjawab panggilan itu, terdengar satu suar tangisan yang teresak-esak melalui telefon...aku kebingungan...hati aku berdegup kencang memikirkan apa yang telah berlaku. Lalu, kakak aku memberitahu bahawa anak saudara aku masuk wad. Dalam hati aku masih ok lagi waktu tu...ok masuk wad mungkin sebab kes biasa. tapi setelah diberitahu bahawa anak saudara aku sedang nazak...langkah aku terus tersentak.

Apabila diberitahu peluang untuk hidup tipis, air mataku mula mengalir perlahan lalu kuseka air mataku dan berlari menuju ke kelas. Air mata ku yang mengalir deras tak dapat ku tahan lagi sambil mengenangkan tentang anak saudaraku yang baru ku jumpa beberapa hari lepas yang masih dalam keadaan sihat.

Ajal tak mengira muda atau tua, kaya atau miskin. Apabila tiba saatnya malaikat Izarail pasti datang menjemput. Setiba aku di kelas, aku memanggil seorang rakan sebilik aku, Khairin lalu ku ceritakan apa yang berlaku. Kemudian, aku memberitahu pensyarahku bahawa aku perlu pulang atas urusan kecemasan.

Setelah diberi kebenaran pulang, kaki aku pantas berjalan dan kemudian diikuti dengan larian. Setibanya aku di kolej, aku mengemaskan dan memasukkan barang aku ke dalam beg. Kemudian aku cuba menghubungi kereta yang menjalankan perkhidmatan menghantar orang ke tempat-tempat tertentu namun gagal, lalu aku bergegas berjalan keluar dari kawasn tempat pengajian aku.

Setibanya aku di luar pintu pagar, aku terus menaiki sebuah teksi ke Stesen bas Alor Gajah. Di saat aku sedang mencari tiket bas untuk ke Shah Alam, aku mendapat satu panggilan lagi dari kakak aku. Kali ini, tangisan dan esakan tersebut makin kuat kedengaran. Hatiku mula berdegup kencang. Kali ini berita yang aku terima, " Ammar dah meninggal."

Tanpa berfikir panjang, aku terus mengambil sebuah lagi teksi untuk ke Melaka Central. Setibanya aku di Melaka Central tapi aku masih gagal mendapatkan tiket ke Shah Alam secepat mungkin. Lalu aku tekad untuk mengambil sebuah teksi untuk terus ke rumah abang aku.

Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 1 jam 30 minit untuk ke sana. Arwah bakal dikebumikan selepas solat zohor dan Alhamdulillah aku sempat sampai si sana sebelum arwah dikebumikan. Tambang teksi ku bayar lalu terus mengatur langkah menuju ke rumah abang aku.

Setelah aku masuk ke dalam rumah itu, apa yang dapat aku lihat orang ramai yang sedang bersedih dengan pemergian arwah. Kemudian, mata aku terarah ke arah bawah yang menempatkan arwah anak saudara aku yang terbujur kaku di atas tilam.

Bayangkan apa perasaan aku pada masa itu... hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Bayangkan, dengan anak saudara inilah aku selalu bergurau dan bergelak ketawa, tapi kini...hanya terbujur kaku, mata terpejam dan seluruh badan dibalut kain kafan.

Aku hanya sempat memeluk dan mencium arwah untuk seketika sebelum arwah diangkat untuk bergerak ke masjid untuk disolatkan. Seusai solat jenazah, arwah dibawa ke kubur bagi tujuan pengebumian. Jenazah arwah diturunkan perlahan-lahan ke dalam liang lahad... Di situ, air mataku tak berhenti-henti mengalir deras. Namun, masih bisa kutahan sesekali air ditemani air mata yang sayu. Saat yang menyetuh hati adalah apabila liang lahad tersebut perlahan-lahan di tutupi dengan tanah...Kini bayangan arwah semakin hilang... Bayangnya semakin samar..sedikit...demi...sedikit...Di saat itulah, aku tak dapat menahan air mata yang di tahan memenuhi kelopak mata sedari tadi. Setelah selesai, talkin dan doa diiringkan untuk arwah.

Rupa-rupanya, salaman dan ciuman aku kepada arwah merupakan salaman dan ciuman terakhir semasa arwah hidup.

Kini, tidak lagi kedengaran gelak tawa insan yang bernama Ammar Hakim bin Azahari. Pemergiannya dan kepulangannya ke rahmatullah udah menginjak usia 1 tahun. Apa yang tinggal sekarang hanyalah kenangan yang akan terus terpahat... insyaAllah.
Semoga roh arwah akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. InsyaAllah...

Buat abang dan kakak ipar aku, semoga tetap tabah dalam menghadapi ujian ini. Mungkin dengan pemergian arwah, Allah ingin memudahkan perjalanan kalian untuk menuju ke syurga-NYA. Wallahua'lam.

Wednesday 24 July 2013

DUNIA SEMENTARA

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Assalamu'alaikumwarahmatullah...

Pagi-pagi ni, bila lepas bila ada seorang kawan aku tanya tentang maksud ayat 12 surah Taha...aku nak jawab pun aku tak berani sebab aku tak tahu.lebih baik jika kita cakap kita tak tahu daripada kita tak tahu tapi kita cakap kita tahu.

Tapi tu bukan motif aku untuk entry kali ni. Tapi motif aku adalah untuk menyatakan apa yang aku fikir tentang dunia setelah aku ada juga cari-cari nak tahu tentang ayat tu juga...Maha Besar dan Maha Berkuasa Allah Ta'ala yang menciptakan langit dan bumi serta segala isi-isinya. 

Pernah tak bila kita terlalu leka dengan dunia, tiba-tiba anda terfikir tentang dunia yang kita diami ini? berapa lama lagikah kita nak berseronok dengan dunia ni? (bab umur ni subjektif la kan...sebab ajal maut jodoh pertemuan, rezeki dan banyak lagi...Allah yang tentukan)...tapi apa yang aku nak katakan di sini, selama kita hidup berapa kali kita kena tipu dengan dunia. Kita bekerja, bersenang-lenang seolah-olah kita tak akan mati. Tapi itu bukan hakikatnya. Hidup kita kat dunia ni tak kekal...

Ok...kepada sesiapa yang baca entry ni...sila pejam mata....Bila anda pejam mata tu, anda cuba kenangkan kehidupan anda di bumi. Bermula dari saat-saat yang awal anda hidup di dunia ni, sampailah sekarang. Hidup anda dengan dengan keluarga,kawan-kawan,cikgu-cikgu dan semua kenangan manis la senang cakap. ambik masa dalam 2 minit macm tu. Ok boleh mula sekarang.

Kemudian, bayangkan anda lebih banyak buat baik atau sebaliknya? bayangkan kehidupan kita di kubur, saat menunggu untuk dihisab... Ingatlah, kita tak akan dilahirkan kembali ke dunia. Hidup kita kekal di akhirat. Andai kata kita termasuk golongan orang-orang yang beruntung dan masuk syurga...Alhamdulillah...sangatlah beruntung dapat menikmati segala nikmat yang terjandung di dalam syurga.

TAPI, andai kata sebaliknya. Kita menerima balasan atas segala kesalahan kita. Astagfirullahal'adzhim. Mohon Allah lindungi kita daripada api neraka jahannam dan fitnah kubur.

Anda fikirlah yang mana lebih utama...dunia atau akhirat...Sesungguhnya Allah Maha Penyayang, Maha Pengasih dan Maha Pemberi rezeki. Kita hidup di dunia ni...belajar, bekerja dapat hasil...Allah tak minta pun hasil tu daripada kita. Kita bekerja untuk kehidupan kita.

Dalam ibadat...kita diperintahkan Allah untuk menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Satu. Pahala dapat kat kita, hasil tu dapat kat kita. Allah perintahkan kita supaya menyembah-NYA dan hasil tu kita yang dapat.

Sebab tu Nabi Adam a.s memohon ampun kepada Allah...dan doa itulah juga yang kita amalkan sehingga sekarang. Doa itu adalah untuk kita memohon ampun kepada Allah S.W.T atas kesalahan kita yang menzalimi diri kita sendiri.

Pesanan untuk diri aku sendiri.

Sekian.

Assalamu'alaikumwarahmatullah.



Friday 19 July 2013

KHALIFAH ALLAH: YA ALLAH...AKU BERTAWAKAL

KHALIFAH ALLAH: YA ALLAH...AKU BERTAWAKAL:                                                             Bismillahirahmaanirrahiim. Sejak 11 Julai 2013, hati aku merasa gelisah.o...

KHALIFAH ALLAH: PERCINTAAN

KHALIFAH ALLAH: PERCINTAAN: Bismillahirrohmanirrohim. Assalamu'alaikum. Bagi sesetengah orang mungkin sesi perkenalan yang panjang mahu di ambil sebelum menuju ...

KHALIFAH ALLAH: Pengalaman MDS

KHALIFAH ALLAH: Pengalaman MDS: Bismillahirrohmaanirrohim... Assalamu'alaikumwarahmatullah... Hari ini aku nak cerita sikit pengalaman aku dalam asasi tesl uitm. ...

KHALIFAH ALLAH: First Presentation : Writing

KHALIFAH ALLAH: First Presentation : Writing: Bismillahirrohmaanirrohim... Assalamu'alaikumussalamwarahmatullah. Penulisan aku kali ni bakal berkisarkan tentang pengalaman semasa...

Thursday 18 July 2013

First Presentation : Writing

Bismillahirrohmaanirrohim...

Assalamu'alaikumussalamwarahmatullah.

Penulisan aku kali ni bakal berkisarkan tentang pengalaman semasa dalam tempoh penyediaan presentation sampailah ke hari presentation.

 
Aku dan kawan-kawan kelas aku dibahagikan menikut group. satu group dalam 4 orang. Kemudian terselitnya seorang sahaja kaum hawa di dalam group aku dan lebihnya adalah lelaki ( konfem2 la kan takkan darai plak kot)...

kami diberikan tugas untuk menyediakan karangan yang panjangnya lebih kurang 600 patah perkataan. Kemudian karangan tu perlu dihantar... dan dibentangkan...(i like this part)... Kalau tak silap kami diber masa seminggu untuk siapkan karangan tu.

Habis kelas ja. terus masing-masing buat hal masing-masing. Hari demi hari berlalu. Tambahan pula, aku kalau masa sem 1 tu...haha pantang cuti. cuit sabtu dan ahad pun aku lari balik tapi bukan kedah la. jenoh la nak ulang alik Melaka-kedah, kedah-melaka. Aku dianugerahkan Allah dua orang abang. Sorang di selangor dan sorang di johor. Tengok, betapa baiknya perancangan Allah untuk aku sebagai hamba Allah yang lemah dan tak pernah belajar jauh daripada mak dan ayah serta keluarga aku.

Dulu masa tingkatan 4, aku masuk sekolah teknik alor setar duk asrama tahan 2 bulan ja.haha. *tapi bukan anak manja eh*...aku terpaksa buat tindakan drastik macam tu, sebab masa tu aku memang tak biasa duk asrama. Jadi bila masuk asrama ni, faham-faham la kan...ada prepnya, ada roll-callnya dan ada-ada sajalah.haha. Bila berkumpul ramai-ramai *1 bilik 16 orang* nak tidur awal tu memang mimpi la... Jadi kadang-kadang tu aku tidur pukul 1 pagi, kadang2 2 pagi...tengok keadaan la. Kecuali kalau aku tidur masa prep. haha.masa tu aku tu kalau memang aku dah bawa mood mengantuk aku, habis prep lepas solat Isyak ja...apa lagi...bumm!!! tidurla.

Wey dah lari topik kot. masuk balik bab presentation ni. Aku selalu balik kalau cuti...disebabkan aku selalu balik, kawan-kawan lain sibuk dengan aktiviti masing2, kami tak buat perbincangan. bila masuk minggu nak kena submit baru terhegeh-hegeh nak buat perbincangan.

Esok nak kena hantar dan bentang, malam tu baru pulun nak buat karangan. Tu pun tak tau lagi nak buat tajuk apa...haha. Awal2 tu aku nak buat tentang Early Marriage.*bukan sebab gatai nak bernikah naih* tapi nak tonjolkan bahawa baik nikah daripada couple. Tup tup, member nak buat tajuk tu.ok fine. now we have to find for another topic. Kemudian datanglah idea bernas. *bernas ke?* nak tau tajuk apa?
Mula-mula tu aku macam takut-takut juga nak suarakan pendapat aku tu. tetapi Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan kat aku untuk aku bagitau. Tajuk yang agak sensitif. tajuk dia  THE FRUITS OF POLYGAMY.
"What?????????????#@$%. Polygamy? kau nak aku pukul kau dengan kerusi ni ke?"
* yang ni aku fikir apa kawan perempuan aku akan cakap lepas dia dengar cadangan aku* tapi haha...MasyaAllah...dia cool gila. Ok..aku tak kisah.aku ok je. sekarang ni aku pulak yang " What? are you sure?" * tapi bukan cakap depan2 la* hehe.

Maka keesokan harinya adalah hari untuk pembentangan...sambil menuggu kawan-kawan aku dari group lain membentangkan karangan mereka, aku yang duduk menunggu giliran tengah ketaq di situ. Setelah tamat group 4, aku dah ready nak present tapi still ketaq sebab kerja last minit faham2 la kan... Alhamdulillah Allah bagi peluang lagi kat group sebab lecturer aku cakap, " we continue next week". ALHAMDULILLAH...lega...

Maka aku pun ambik kesempatan nak edit2 balik tambah idea2 apa yang patut. lepas tu tunggu. Hari kena bentang pun tiba selepas tu. Sebelum pergi kelas tu, aku pergi print dan fotokopi dulu karangan tu. Dah selesai apa semua, aku pun naik ke fakulti aku...masuk kelas dan tunggu lecturer aku masuk. Lepas tu, sampai la lecturer aku dalam kelas. Aku group 5. Jadi hari ni group aku akan mulakan dulu. Ok...takpa2...relax...dh hbis edarkan kertas karangan kat kawan2 aku, aku pun start bagi salam nak mula. Darah duk naik turun. ketaq lutut kot. Dah bagi salam ja, aku bagi kawan aku buat pengenalan dulu tentang karangan kami buat.

*Eh sat sat.* Sebelum aku start tadi...bila lecturer aku dapat kertas karangan group aku... * lecturer aku perempuan* dy cakap lebih kurang macm ni, " girsl look at this topic*...aku hanya mampu senyum ja. dalam hati duk fikir " siap la Azmeer wey...tu la.gatai sangat nak pilih tajuk ni". Kawan perempuan aku dalam kelas dah masing-masing tanya sapa yang pilih tajuk ni?


Takkan kawan perempuan group aku pulak mesti target geng2 laki punya. Ahli group aku masing2 tengok aku. Bayangkan perasaan aku masa tu. *memang cuak habis la. Tambah2 pula kalau tak silap aku, lecturer aku tengah mengandung masa tu. Risau dia baling kerusi kat aku sia-sia kan. silap2 hari bulan jangan katakan nak poligami, nak kahwin satu pun tak boleh. hehe. Tapi aku macam biasa . Buat relax sudah. Jadi, bila aku start ja, semua mata tertumpu ke arah group aku dan apa yang kami nak bentangkan... * pengalaman aku, kalau nak pilih tajuk, pilih tajuk yang boleh tarik perhatian orang *

Maka, kawan aku yang laki pun mula pembentangan kami. Tergagap-gagap dia.haha padan muka. *lawak ja*. bila habis semua orang bentang, tiba giliran aku, dengan penuh keyakinan sehinggakan ada kawan-kawan aku cakap " confident je ". haha. Kita kena la yakin sebab kalau kita sendiri tak yakin,macam mana nak yakinkan orang lain.

Aku pun senyum ja dengar pujia kawan2 aku.* takut2 juga,takut dapat dosa riak free ja.* Na'uzubillahiminzalik. Yang aku tulis kata kawan2 aku puji tu kat blog aku ni bukan sebab nak habaq orang puji aku tapi aku nak bagitau keyakinan tu penting. Nak tau sebab apa?

Sebab masa present tu...MasyaAllah, Astaghfirullahaladzhim...grammar aku punya la terabur.haha. Allah saja yang tahu. Sebenarnya, luar yakin dalam kecut perut. Aku boleh cakp macam ni, " For the next paragraph, i give to the Risal." Kawan2 aku pakat gelak kat aku. Aku pun pelik la kenapa...tapi sebelum tu aku ada dengar kawan aku cakap grammar terabur. haha. Tapi motif kawan2 aku gelak aku tak faham lagi masa tu.

Lepas dah habis bentang, lecturer bagi sapa-sapa yang nak tanya boleh tanya. Lepas tu ada seorang budak perempuan tanya kawan perempuan group aku ni, 'Ainur. " 'Ainur, asthe only girl in your group, will u allow your husband to marry another woman soon?" Dia bole tanya macam tu. Terkejut aku!!! Aku pun apa lagi dengan pantasnya cuba memotong soalan tadi. Aku cakap, "Sorry, this is out from the topic." Kawan-kawan aku yang lain semua duk tunggu jawapan 'Ainur. Aku kalau boleh tak nka 'Ainur jawab sebab aku takut dia salah jawab.haha. Tapi aku kagum dengan 'Ainur sebab dia tenang. Dia cakap dia akan jawab. Aku pun macam..." serius?"

Lepas tu dia jawab. Dia cakap, " If my husband can be fair even if he has another wife maybe I will consider." Aku macam terkesima sekjap dengan jawapan dia. Aku macam, " wah, tenangnya dia." Kawan2 kelas aku yang lain pun macam " wah..." kagum dengan jawapan dia. haha. Dia tak cepat gelabah. *bukan macam aku.* hehe. Maknanya bila dia tenang, tak dak la dia nak jawab ikutkan perasaan. Kadang2 perempuan akan terus cakap "no!". Tapi dia susun ayat then cakap. Subhanallah.

Kemudian lecturerm aku cakap, " GOOD "...MasyaAllah... Alhamdulillah. aku kumpulan pertama yang dapat good.  Aku dengan ahli2 group aku macam tak percaya. Alhamdulillah...kami hanya senyum dah ucapkan Alhamdulillah.* bukan nak riak tapi nak bagitau bahawa tiada usaha yang sia-sia.*...sebab sebelum nak bentang tu aku dan kawan2 group aku dah bertungkus lumus nak siapkan pembentangan tu.Aku print karangan untuk 33 orang 2 kali kalau tak silap. Berapa banyak dah modal kenakeluar. Jadi tiada usaha yang sia-sia. Alhamdulillah...tiba-tiba lecturer aku cakap, " but i have to deduct your mark because you have used shortform (for don't for example). I will deduct 1 mark." Aku dengan kawan-kawan aku diam ja la. Tiba-tiba, dengan kuasa dan izin Allah S.W.T...nak tahu apa yang jadi?Lecturer aku cakap dia bagi peluang kepada semua group untuk balik betulkan balik karangan tu. Nanti hantar kat dia dan tak payah bentang dah. Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah.

Lepas tu aku pun balik ke tempat aku nak duduk. Aku tanya kenapa gelakkan aku? Kawan aku cakap, "sebab grammar kau berterabur.lepas tu kau cakap i give to 'the Risal'." Baru au perasan.haha. Tapi masa cakap memang aku tak perasan. Sampaikan lecturer aku gelakkan aku sekali. haha. Malu kot.
ALHAMDULILAH...TERIMA KASIH YA ALAH KERANA TELAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HIDUPKU
Jadi pembentangan tu menjadi antara salah satu memori yang aku akan ingat dan kerjasama dengan kawan perempuan aku ni iaitu 'Ainur 'Asyirah binti Amri yang memang aku selesa bekerjasama dengan dia untuk siapkan assignment dulu serta kawan2 aku yang lain seperti Khairin, Masturina, Azroy, Risal, Afifufddin dan ramai lagi kalau nak sebut. Senang cakap ramai yang membantu.


Aku berpuas hati dan rindukan sem satu aku.
Terima kasih kepada kawan-kawan sem 1 dan 2 yang menyumbang kepada kenangan2 manis aku. Aku rindu saat dengan kawan-kawan aku.Semoga Allah mempertemukan kami lagi nanti...InsyaAllah...

Setakat ini dulu penulisan aku ni.

Assalamu'alaikumwarahmatullah.






Wednesday 17 July 2013

Pengalaman MDS

Bismillahirrohmaanirrohim...

Assalamu'alaikumwarahmatullah...

Hari ini aku nak cerita sikit pengalaman aku dalam asasi tesl uitm.

Cerita ringkas dia lebih kurang macam ni la. Pada tahun 2012 selepas aku dapat panggilan interview pada bulan april, dari situlah bermulanya kisah aku sebagai pelajar asasi tesl uitm kampus alor gajah melaka setelah aku berjaya lulus interview tu.( oi penat kot cakap sorang-sorang depan cermin )...

Aku memang minat Tesl or else senang cakap bahasa inggeris. Sebab tu aku mohon UIA u yang aku teringin nak masuk sampai la ni...tapi tak dak rezeki lagi. InsyaAllah one day I'll be there. amin... Selepas permohonan aku untuk UIA ditolak maka aku lulus yang nombor dua iaitu kos.....tesl la kan apa lagi... takkan tiba-tiba doktor pula kot.

Pada hari pendaftaran, aku dengan konfidennya berjalan nak pergi daftar. Dah sampai jumpa sorang budak perlis sorang kat khemah pendaftaran tapi aku tak tegur dia pun. (belagaknya)...bukan belagak...masa daftar kelam kabut kan.mana dengan dokumen yang nak kena bagi lagi. kan tegur dia lepas tu sembang best punya tiba-tiba aku terbagi dokumen tu dekat orang lain kan naya ja.

Lepas tu macam biasa la ada orientasi. * arghhhhhhhhhhhhhhhhhh* perit sungguh minggu orientasi. bayangkan pukul 1-3 baru nak tidur then pukul 5 @ 5.30 dah kena bangun. aku pernah lambat bangun satu hari tu...siap kena warning dengan NYD kolej aku. kena denda pulak.denda dia esok tu aku kena kejutkan budak-budak kolej maknanya kena bangun lagi awal. *arghhhhhhhhhhhhh* again. lepas dia habis cakap dengan aku, pergh aku kena jadi jaguh pecut pula nak lari pi masjid nak solat subuh. Dah sampai, Alhamdulillah, kalau tak silap aku orang dah solat dah...kelam kabut kelibut aku cepat-cepat ambil wuduk dan masuk solat. rasa macam orang bersalah ja masuk solat tu sebab lambat. *baru nak tau*.

Masuk dewan tu orang bagi ceramah ja...mulalah kerja yang biasa aku lakukan bila aku mengantuk waktu MDS. *tidur dulu* aktiviti berjalan macam biasa.

Keesokan harinya, aku bangun bangun macam budak-budak lain bangun. *eh jap-jap. ingat lagi dak aku kena denda? sepatutnya aku kena kejutkan orang. ha sudah... kelam kabut aku mandi... dah settle mandi terus turun nak kejar rombongan pelajar kolej nak pergi masjid. Kali ni YDP tunggu lagi, tapi mungkin dia tak perasan aku kot masa tu dan Allah nak selamat aku sama. Aku nampak dia tak perasan aku ja...* tunggu apa lagi pecut la*.

Kali ni kalau tak silap aku aku sempat kejar rombongan tu.

Minggu orientasi tak lengkap tanpa malam kebudayaan kan... so, aku bersama-sama beberapa kawan-kawan tesl yang lain masuk untuk buat performance sebab performance ikut fakulti. Kami sebagai minoriti di kampus tu pergilah ke atas stage setelah diberi arahan. Aku naik pentas dengan kawan aku budak perlis tu. Lepas tu sorang-sorang naik stage 4 orang laki dan 4 orang perempuan kalau tak silap. m
aaf kalau tersilap.
Start situlah aku mula ada kawan ramai sikit tambah branch budak perempuan.

Lepas tu diorang lantik aku jadi ketua kumpulan tu...memang tersentak la. Tanggungjawab dan amanah ni bukan satu benda yang mudah.Tapi aku gagahi jua. *cewah* then malam tu pun kami buat persembahan. Adalah kekurangan sikit sebanyak. Jadi aku sebagai ketua kumpulan ni rasa bertanggugjawab dan bersalah maka aku minta maaflah banyak-banyak kepada kawan-kawan aku.
Atas tu fakulti aku. Kenan Panjat bukit yang memang tinggi. lenguh kaki.

Lepas tu maka keesokannya kalau tak silap aku adalah hari last MDS.* Ya Allah Alhamdulillah* maafkan aku kalau aku silap. Kemudian, bermulalah perjalananku sebagai pelajar asasi tesl kampus alor gajah, melaka.

Sampai sini dulu cerita aku. InsyaAllah kalau ada masa aku sambung bab lain pulak nanti.

Assalamu'alaikum...




PERCINTAAN

Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamu'alaikum.

Bagi sesetengah orang mungkin sesi perkenalan yang panjang mahu di ambil sebelum menuju ke alam perkahwinan. Itu tak salah selama mana pihak lelaki dan wanita masing-masing menjaga ikhtilat. Tapi moleklah jika perkara baik itu dipercepatkan bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan jika perkenalan terlalu lama dibimbangi akan menjerumuskan kedua-dua pihak ke dalam lubang maksiat.

Apabila perkenalan yang lebih mendalam selepas bernikah  dijalankan, InsyaAllah suasana romntik akan lebih dapat disemai dan ditonjolkan. Namun, jika sesi perkenalan ambik masa yang terlalu lama kemungkinan pasangan tersebut akan mula berasa bosan dan jemu terhadap pasangan mereka.

Pernikahan yang macam mana kita mahukan? Yang mendapat redho Allah atau perkahwinan yang diasaskan daripada hawa nafsu? Ingatlah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.

Kita tidak seharusnya mengharapkan jodoh kita itu seorang yang baik sedangkan kita sedang meniti jalan-jalan yang membawa kita ke arah keburukan dan kemungkaran. Allah sentiasa Maha Adil. Jadi lebih baik kita lakukan perubahan dahulu ke arah kebaikan dan kebenaran supaya Allah akan mempersiapkan jodoh yang baik kepada kita.

Apa yang hendak dibanggakan bila anda ke hulu ke hilir dengan orang yang bukan mahram anda? anda ingin bagitahu manusia bahawa anda mempunyai bakal suami dan bakal isteri? Sedarlah...tidak sepatutnya kita berasa bangga dengan perbuatan yang boleh menyebabkan kita tersungkur kerana orang yang kita bawa itu cumalah 'bakal' dan macam-macam boleh terjadi. kalau anda sudah kenal insan tersebut selama 10 tahun lamaanya sekalipun, namun jika dia bukan ditakdirkan sebagai jodoh anda bukankan ia sia-sia? Apakah anda mahu bagi kepada suami dan isteri anda yang sah nanti layanan yang second hand? Amat kasihan jika orang yang selayaknya dapatkan layanan first hand tapi diberi second hand.


Bagi lelaki, pilihlah seorang wanita yang mampu menjadi ibu kepada anak-anak anda. Pilih yang paling baik agamanya, InsyaAllah keluarga anda akan bahagia. Jika dapat wanita yang baik agamanya, dari keturunan yang baik, mempunyai harta dan mempunyai kecantikan itu adalah bonus bagi anda kerana aspek-aspek ini adalah sunnah rasul. Namun, yang perlu diutamakan adalah agama.

Bagi kaum wanita, pilihlah lelaki yang baik agamanya, InsyaAllah lelaki tersebut dapat menjadi suami dan ayah yang baik kepada anak-anak anda nanti. Tanggungjawab seorang suami adalah berat dalam usaha membimbing keluarga ke jalan Allah. Seorang suami bertindak sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab melindungi keluaga dan mendidik anak-anak serta isteri  untuk bersama-sama berjuang menuju ke jalan Allah. InsyaAllah. Suami haruslah melayan isteri dengan baik dan curahkan kasih sayang terhadap mereka.


Semaikanlah sikap dan amalan berkasih sayang dalam keluarga supaya keluarga anda lebih menyayangi antara satu sama lain. Suami berperanan dalam mendidik anak-anak supaya lebih mengenali Allah, Rasulullah s.a.w dan memahami Islam. Terapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian serta amalkan sunnah-sunnah Rasulullah. s.a.w supaya keluarga anda akan terbiasa dengan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. InsyaAllah.

Ketahuilah bahawa Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan.

Wallahua'lam.




Tuesday 16 July 2013

YA ALLAH...AKU BERTAWAKAL

                                                           
Bismillahirahmaanirrahiim.


Sejak 11 Julai 2013, hati aku merasa gelisah.otak aku sering sahaja menmikirkan sesuatu yang di luar kemampuanku. Untuk makluman, aku ialah seorang hamba Allah yang baru sahaja menamatkan Asasi TESL di UITM Alor Gajah. Apabila keputusan rayuan dikeluarkan pada 11 Julai hari tu. Mula-mula aku membaca sms pada 'handphone' aku... rasa kelam terhenti seketika fikiran aku. kenapa? fuhhhhhhh...aku tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Tapi Subahanallah.cuba anda bayangkan bila anda dapat keputusan tersebut tapi hati anda masih mampu bertenang. Alhamdulillah...aku mampu melakukan begitu bukan sebab aku kuat atau tabah tapi kerana Allah. Allah yang telah memberi aku kekuatan supaya aku dapat melawan kesedihan aku. Aku percaya dengan Allah. Aku percaya dengan rezeki yang Allah dah sediakan untuk aku jika aku berusaha. Aku percaya Allah bersama-sama orang sabar. Di saat itu, aku mulai rasa malu terhadap Allah untuk memohon pertolongan daripada Allah. Saat menyedihkan bagi aku (kurang sikit) tapi banyak bagi kedua-dua ibu-bapa aku.


Sebaik sahaja selesai semak kuputusan...malam tu turun nak buka puasa...MasyaAllah, Allah saja yang Maha Mengetahui mcam mana aku rasa bila tengok mak aku. Dalam hati ni, cuba nak cover supaya mak aku tak tau kata aku tak tawaran daripada u mana-mana. Mungkin dah firasat ataupun naluri seorang ibu, beliau dapat menghidu keresahan aku. Mak aku tanya."kenapa abg cik?", aku masa ni tengah nak susun ayat. air mata tengah ku tahan. Aku ambil nafas nak bagitahu mak aku...bayangkan perasaan aku ketika itu. Mak dan ayah serta keluarga aku taruh harapan supaya aku dapat tawaran...tapi akhirnya gagal.

Selepas itu aku menaruh harapan dan berazam lagi, kalau ditakdirkan aku dapat rayuan mahupun 2nd intake ataupun IPTS sekalipun...aku mahu cuba sedaya upaya aku untuk menjadi lebih baik daripada pelajar-pelajar ipta yang masuk sebelum aku. Aku mahu buktikan kepada mereka,keluarga dan dunia bahawa aku tak dapat tawaran bukan kerana aku tak layak kerana ada pelajar-pelajar yang dapat pointer 2.00++ pn dapat.


Jadi aku nak buktikan bahawa aku layak untuk masuk ipta, tetapi bukan rezeki aku. Aku anggap mungkin Allah nak bagi aku semangat untuk lebih berdaya saing dengan rakan-rakan ipta yang lain. Wallahua'lam.
Now, my focus is wherever i am, i must score the programme that i take, beat the best to be best. Everyone has their own opportunities. What is important is we need to go and find the way how to grab them. Tak dinafikan, memang ada sedikit sebanyak rasa terkilan terhadap UPU dan sistem asasi.

If foundation is what people call it fast track, i think this kind of system should demolished. sebab-sebab kadang  rasa macam teraniaya. Aku dan kawan-kawan yang tak dapat merasa terkilan sebab kami telah berhempas-pulas untuk mendapatkan 3.00++. Lastly, we failed and mybe we should say thank you to this kind system. Being a student by holding just a foundation transcript which it's not considered as a certificate, you can't apply any job using that transcript. If you want to apply for a job, you need to use your SPM. So, what about your one year study? Just a research? Frankly, I think this kind of system is dangerous and it is risky. It's better for you to go for diploma or STPM.

After that, start my new focus and planning for some back-up plans. Aku buat sedikit kajian tentang IPTS-IPTS yang ada di Malaysia. Aku nak kaji yang mana IPTS-IPTS yang berkualiti dan menyediakan fasiliti yang baik serta menjaga kebajikan pelajar-pelajar mereka. Sekarang apa yang penting aku kena usaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya apa-apa jua keputusan yang aku ambil adalah tepat dan baik untuk aku, InsyaAllah. Allah will give me what I need not what I want. Apa yang aku mahu atau apa yang aku rasakan baik tak semestinya baik untuk aku dan apa yang aku perlu dah semestinya ianya baik dan aku perlu. Indah tak perancangan Allah? kita yang kadang-kadang suka bertindak yang seakan-akan menidakkan pemberian Allah. Astaghfirullahal'adzhim.




"Jangan bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita dan hendaklah kita bersabar kerana sesungguhnya Allah suka kepada hamba-hambanya yang sabar. Keperluan kita akan diberikan apabila tiba masanya. Jadi, janganlah risau."


Ayat-ayat inilah yang menjadi pembakar semangat kepada aku untuk meneruskan lagi perjuangan aku serta meningktkan kesungguhan aku untuk berikan yang terbaik. Success is not about the place but it's about your relationship with Allah and humans around you. If we want the best, we must give our best first no matter where you are because even if you study in the best university in Malaysia or in the world but if you  don't give your best it's nothing rather than you study in the low quality but you score well InsyaAllah you will success. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri.

Sampai sini sahaja penulisan aku. Semoga Allah mempermudahkan urusan aku. Hanya kepada Allah aku sembah dan hanya kepada Allah jualah aku memohon pertolongan. Allah jualah sebaik-baik penolong dan aku bertawakal kepada Allah. Apa yang penting jika baik hubungan aku dengan Allah, InsyaAllah maka baik jugalah hubungan aku dengan manusia. Jika aku mencai akhirat InsyaAllah aku akan mendapat dunia juga.

Wallahua'lam.

LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADURROSULULLAH.