Monday 14 October 2019

HARGA RUMAH MAHAL



Di dalam laporan "Agenda Perumahan Strategik Demi Malaysia Bersih" oleh Khazanah Research Institute, dinyatakan bahawa berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sebanyak 100 759 unit kediaman tidak terjual pada tahun 2018. Jumlahnya unit yang tidak terjual itu lebih tinggi sekiranya kita ambil kira sekali unit perumahan jenis serviced apartment dan SOHO iaitu sebanyak 150 908.

Dalam banyak-banyak unit yang tidak terjual ni, hanya 45 027 unit kediaman sahaja yang berjaya dijual. Manakala, bagi kediaman baharu yang dilancarkan pada 2018 iaitu sebanyak 66 040 unit, jumlah yang berjaya dijual hanyalah sekitar 34.58% (tak sampai 50% pun).

Kalau kita tengok pada trend semasa di mana harga pasaran terus meningkat ditambah pula dengan jumlah unit yang tidak terjual, akan makin bertambahlah lambakan rumah yang tidak terjual menjelang tahun-tahun yang akan datang.

Jadi, timbul persoalan di sini. Adakah unit-unit perumahan yang dibina tersebut dipasarkan setelah mengambil kira permintaan dan kajian pasaran yang tepat atau tidak sebab kalaulah perkara-perkara tersebut diambil kira takkanlah punya banyak unit perumahan yang tak terjual? Bukan hanya setakat rumah yang sedah dibina saja tak terjual bahkan juga rumah-rumah yang sudah siap dibina pun tak berjaya dijual.

Antara sebab yang paling jelas kenapa banyak rumah yang tidak terjual adalah harga rumah yang terlalu tinggi sebahagian besarnya didorong oleh sikap pemaju yang hanya fokus untuk mencapai trajektori masing-masing ditambah dengan spesifikasi rumah serta lokasi pula tak sepadan dengan harga. Maka, tidak ada "equilibrium price" (maksud "equilibrium price" pertemuan antara harga penawaran dan harga permintaan pada suatu titik. Anda boleh lihat gambar yang disertakan).



Manakala pemberian pembiayaan secara mudah menimbulkan persoalan mungkin menyumbang kepada peningkatan harga rumah serta terhadap pasaran secara keseluruhan. Ini termasuklah skim-skim pembiayaan ‘kreatif’ sedikit sebanyak mungkin menjadi puncar peningkatan harga dan pasaran perumahan, walaupun secara kasarnya ianya memudahkan pembelian rumah oleh orang ramai.

Antara cara bagi mengatasi isu ini mungkin kita perlu beralih daripada sistem jual kemudian bina kepada bina kemudian jual kerana sistem ini lebih mesra pembeli walau ianya tidak digemari oleh sesetengah orang supaya mereka boleh memilih rumah yang menepati citarasa di samping dapat mengelakkan keterikatan risiko semasa tempoh pembinaan.

 pula perlu buat penelitian dan kajian dulu supaya tidak terpedaya dengan skim-skim pembiayaan 'kreatif' termasuklah dengan pemberian rebat. Kadang-kadang bila rebat yang diberi agak tinggi, jadi timbul persoalan tentang berapa sebenarnya harga sebenar rumah tersebut. Adakah rebat tu sekadar untuk mengaburi mata bahawa rumah itu sebenarnya dijual pada harga yang terlalu tinggi tak sepadan dengan kos pembinaannya?

Di pihak kerajaan pula, persekitaran pasaran yang kompetitif perlu disediakan agar dapat menggalakkan pemain-pemain swasta untuk menyediakan perumahan yang bertepatan dengan kemampuan orang ramai. Skim perumahan kerajaan seharusnya disasarkan kepada isi rumah berpendapatan rendah.


Rujukan:

Agenda Perumahan Strategik Demi Malaysia Bersih, Khazanah Researh Institute

Memikirkan Semula Perumahan: Antara Negara, Pasaran dan Masyarakat, Khazanah Research Institute


Sunday 19 May 2019

"Hypnotize" Your Audiences! Siri 1

Assalamu'alaikum...

Rasa gugup, takut, cemas ataupun menggigil setiap kali kita perlu menyampaikan pengucapan awam di khalayak ramai itu adalah biasa bahkan boleh dikatakan hampir setiap orang akan mengalami perasaan tersebut.

Cumanya, ianya berbalik kepada persoalan bagaimana kita mengawal perasaan dan keadaan tersebut. Perlu diingat bahawa kita tidak boleh biarkan perasaan dan keadaan tersebut mengawal kita kerana ianya boleh mengganggu mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar kita.

Walaubagaimanapun, penulisan pada kali ini saya lebih berminat untuk menyentuh dan berkongsi serba sedikit tentang teknik dan tips ketika berucap di khalayak umum berdasarkan pengalaman selama ini. I want to share on how to bring the audiences to enter into the world that we are talking about. "Hypnotize" Your Audiences!



1 : Relax

Teknik saya ini mungkin agak sedikit berbeza daripada apa yang anda pernah baca tetapi ini adalah berdasarkan apa yang saya sendiri buat. Relax ataupun dalam bahasa mudahnya adalah bertenang. Ya, ianya kedengaran simple tetapi perkara yang mudah inilah ramai yang tidak titikberatkan maka sebab itu apabila setiap kali berucap mereka tidak tahu apa yang hendak dikatakan padahal bermacam-macam perkara yang mahu disampaikan pada awalnya. 

Perlu diingat bahawa ketakutan ataupun keghairahan dalam menyampaikan ucapan boleh menggangu proses penyampaian kita. Oleh itu, bertenanglah agar minda lebih tenang, fokus di samping kita dapat menyusun kata-kata yang hendak disampaikan SATU PERSATU. Chill. Apabila, naik sahaja pentas, bertenang, senyum dan bernafas seperti biasa. Jangan biarkan ketakutan atau keghairahan menghalang otak anda daripada berfikir secara biasa.


2 : Tarik perhatian 

Sebaik sahaja anda berdiri di hadapan pendengar sambil memegang mikrofon atau berdiri di hadapan rostrum, jangan gopoh untuk terus memulakan ucapan anda. Sebaiknya, anda perlu tarik perhatian pendengar kepada anda terlebih dahulu. Bagaimana? Mulakan dengan membetulkan mikrofon anda sambil mata anda memerhati kepada reaksi pendengar anda.


3 : Kenali pendengar anda

Anda perlu mengenali pendengar anda agar ucapan itu selaras dan sesuai dengan mereka. Kenapa? Tujuan kita bercakap adalah untuk menyampaikan mesej. Jadi, sekiranya kita bercakap dengan bahasa yang tinggi macam mana pun sekiranya mesej tidak sampai maka kita dikira gagal. Umpama kita jual produk yang branded dan mahal, tapi sekiranya orang tak mampu beli, maka produk itu dikira gagal.


4 : Fahami isi ucapan

Apabila anda ingin pendengar anda menyelami isi ucapan yang ingin disampaikan, maka anda perlulah terlebih dahulu fahami dan hayati mesej tersebut terlebih dahulu. Umpamanya macam ini. Anda mahu bagitahu kepada seseorang bahawa Pulau Langkawi itu sangat indah. Jadi, apa yang anda perlu lakukan? Ya, anda sepatutnya pergi ke tempat itu dahulu bagi melihat dan mengalami sendiri pengalaman berada di tempat tersebut. Barulah kita boleh ajak orang masuk ke dunia yang kita nak cerita tersebut. Ucapan yang nak diucapkan itu perlu dihayati terlebih dahulu.


5 : Berinteraksi dengan pendengar

Interaksi sangat penting semasa pengucapan awam, kalau tidak jadilah pengucapan awam itu satu ucapan yang syok sendiri. Interaksi yang paling minimum adalah 'eyes contact' (maksudnya kita melihat kepada pendengar seolah-olah kita macam kita tengah bercakap untuk berinteraksi dengan mereka) untuk menarik perhatian mereka kepada pengucapan awam kita.


Saya rasa cukup 5 teknik ini dulu untuk dikongsikan pada kali ini. Sebenarnya banyak lagi tapi saya nak sentuh berkaitan perkara asas saja dulu. Kalau saya rajin, saya kongsikan lagi. Tak tahulah bila nak rajin lagi tu. haha. Semoga asbab daripada perkongsian ini, anda dapat memperbaiki teknik pengucapan awam anda. Sekian dulu untuk perkongsian pada kali ini.

Assalamu'alaikum.
Gambar semasa menjadi salah seorang perwakilan mahasiswa dan juga sebagai pembahas di Parlimen Mahasiswa 2017.




Monday 27 November 2017

Family Oriented

Aku sangat mementingkan institusi kekeluargaan... Kalau aku kahwin pun aku akan sangat pentingkan keluarga. Bagi aku keluarga merupakan satu anugerah yang cukup tak ternilai yang diberi oleh Allah. 

Kalau aku nak cari isteri pun, aku akan cari based on my parents requirement... sebab aku kahwin bukan untuk diri aku sahaja tapi aku mencari menantu buat mak dan ayah yang menjaga aku daripada aku kecil. Aku tak nak tersalah pilih isteri yang dikhuatiri akan menyakiti hati dan perasaan kedua-dua orang tua aku. Apa guna punya isteri yang punya harta dan rupa, kalau hormat serta kasih kepada orang tuanya tiada. 

Aku tak kisah kalau orang nak kata aku anak mak ke anak ayah ake sebab memang aku anak diorang pun. Kalau ibu bapa kita tak redha dengan kita, bagaimana mahu mengharap keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala? Kadang-kadang kita terlalu nak menjaga hati dan perasaan kawan dan isteri sehingga kita sanggup melukai hati kedua-dua ibu bapa sedangkan daripada kaki kita sebesar tapak tangan kita, mereka yang jaga kita, mereka yang belai kita dan mereka yang memberi kasih sayang kepada kita... Lalu apakah alasan kita untuk membelakangi mereka?
Setiap kali aku mahu mencari calon isteri buat diri aku, aku akan melihat dari 3 sudut perspektif iaitu, perspektif aku, ibu bapa aku dan keluarga aku sebab orang yang aku nak bawa masuk ini bukan untuk masuk ke dalam kehidupan aku saja, bahkan ke dalam kehidupan ibu bapa dan keluarga aku. Kadang-kadang ada ketika soalan-soalan ataupun tindakan aku sebenarnya adalah untuk melihat respon dan tindak balas bagi tindakan aku kerana dari situ akan menilai.

Ketika di sekolah aku ni diperli oleh kawan-kawan aku bahawa aku ni mempunyai taste orang tua... haha... Tak kisah lah sebab aku yang nak kahwin... Sebab diorang cakap macam tu sebab aku ni suka perempuan yang lebih tua daripada aku. haha. Tapi, sebenarnya bukanlah tua umur yang aku cari, tapi aku suka dengan perempuan yang matang dan berdikari. Aku perlukan seorang perempuan yang matang dan boleh berdikari dalam hidup aku, di saat aku mahu terbang tinggi, aku harap akan ada seorang wanita yang boleh memahami dan menyokong aku. Aku inginkan seorang perempuan yang berdikari agar dia boleh mendokong aku ketika aku perlukan dokongan.

Tak dinafikan, aku memang memiliki emosi yang kadang-kadang lebih kurang perempuan. Aku tak mudah nak suka orang... tapi once aku sayang memang aku sayang betul-betul. Aku pun ada past history yang buatkan aku tak mudah percaya perempuan... Aku dah pernah rasa dipergunakan... haha...kelakar wey... rasa macam nak tampaq ja muka aku berkali-kali. Daripada situ juga lah aku mula berhati-hati dengan perempuan. Perempuan ni juga ibarat anak panah syaitan dan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam juga telah memberi peringatan bahawa perempuan merupakan fitnah terbesar bagi lelaki di akhir zaman.

Berbalik kepada topik. Kalau nak cari calon isteri atau suami lihat kepada ciri-ciri yang telah disabdakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam iaitu kalau nak cari isteri, tengok yg baik agamanya, ni ciri yang paling diutamakan dan kalau nak cari suami pun tengok yang baik agamanya. Baik agamanya itu tak semestinya yang berjubah, berserban, berpurdah dan sebagainya, tapi pengamalan agamanya. 

Jadi, sekian sahaja, untuk kali ini....ingat, kalau nak buat apa-apa pun, ingat Allah, ingat Rasulullah, ingat mak ayah dan ingat keluarga kita.

Do you miss the memories?

Pernah tak ketika kita duduk sendirian, lalu terkenangkan kenangan-kenangan dari kita kecil hinggalah sekarang?

Ada tak perkara yang anda pernah rasa menyesal kerana tidak menghargainya apabila anda mempunyainya?

Hidup ini tidaklah mudah dan apa yang lepas mungkin tidak akan kembali lagi. Itulah memori... Memori ni satu benda yang jadi pada masa yang lalu dan kini hanya tinggal sebagai kenangan untuk dikenang. Setiap orang pasti ada memori yang indah dan juga memori yang pahit dalam kehidupan. Itu adalah satu pekara biasa...

Cumanya apa yang aku cuba sampaikan di sini, enjoy every moment while we have it supaya kita tak menyesal nanti. Kalau kita ada kawan, enjoy your moment with our friends... Buat benda-benda yang kita suka... Melancong, bercuti, bermain, food hunting dan segalanya (selama mana bertepatan dengan syariah)... We need to remember, we can find money thousands, millions or even billions, but we might never have the same memories again.

Kadang-kadang memori itu mungkin pahit pada ketika itu, namun, adakalanya ianya boleh bertukar menjadi indah bila dikenang kembali. 

Adakalanya, mungkin kita akan terfikir bahawa alangkah indahnya sekiranya kita dapat kembali ke masa lalu enjoying our kids days and moments without having to struggle much in life... Bermain, bergurau, menangis ketawa... indahnya zaman kanak-kanak... indahnya zaman persekolahan... indahnya zaman universiti... Oleh itu, alangkah ruginya jika kita tidak menikmati apa yang kita ada sekarang.

Sungguh, hidup di atas dunia ini merupakan satu perjalanan... mengenali diri, mengejar keperluan dan keinginan diri, meneruskan kehidupan tanpa henti... namun, kita perlu ingat bahawa perjalanan di atas dunia ini tak lain dan tak bukan adalah bagi mencari bekalan untuk bertemu Allah, Tuhan Pencipta sekalian alam.


Oleh itu, sementara bernyawa dan bernafas, hargailah setiap masa yang kita punyai. Terima ksih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada memori aku.


Friday 20 October 2017

Kenapa MPP?

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera... 

Berikut merupakan satu entry penulisan aku berkenaan persoalan yang ditanya oleh beberapa orang iaitu, "kenapa aku memilih untuk jadi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) UiTM?" Atas sebab panjang sangat aku nak taip jawab kepada sorang demi sorang, aku memilih untuk menulis di blog aku bagi menjawab soalan tersebut sebab at least kalau orang tanya aku boleh bagi link ja. haha... nak mudah kerja. 

Untuk makluman kepada pembaca juga, sebenarnya aku akan cerita sekali dengan pengalaman dan apa-apa yang aku rasa patut aku share sepanjang aku jadi MPP. Ada beberapa perkara yang perlu kekal dirahsiakan. (wah! macam serius ja bunyi???) haha.

Baik... KENAPA MPP???

Sebenarnya aku ni merupakan seorang yang anti MPP dulu. Masa aku masuk semester 1 degree aku tak rasa nak bertanding untuk jadi MPP walaupun ada la sikit rasa kagum tengok orang jadi MPP ni time MDS. Mungkin perasaan tu atas dasar aku tak suka bertanding untuk jawatan. Setiap kali ada berlaku undian untuk sesuatu jawatan aku selalu rasa tak sedap sebab bagi aku, aku pegang konsep kalau aku layak bialah orang yang calonkan aku dan orang juga la yang suka hatinya lantik aku. Aku bukan jenis suka pergi mencari publisiti murahan untuk minta orang lantik aku atau undi aku. Itu prinsip aku sebab aku jenis orang yang hidup ada prinsip.

Aku ingat lagi masa aku MDS di UiTM Alor Gajah, Melaka waktu asasi dulu. Waktu tu PM nak pilih penghulu dan dia cakap siapa rasa nak jadi naik atas pentas. Ramai juga yang naik atas pentas berebut-rebut. Aku masa tu serius rasa macam menyampah gila. Aku ingat lagi aku cakap  kat seseorang. Kalau orang tu layak biar orang yang lantik, jangan kita lantik diri kita sendiri.

Okay, back to my story... 

Dulu, aku kalau lepak dengan member aku, ada juga la aku kutuk geng MPP. Padahal aku tak kenal pun siapa YDP MPP. Setakat kenal MPP fakulti aku ja. Bagi aku MPP tak function. Kalau setakat turun event makan-makan dengan VIP tu baik tak payah ada MPP. Bergambar sana sini acah function kalah menteri. Tapi, hmmm hampeh! Aku pun ingat masa tu MPP dapat elaun. MPP pada pandangan aku hanya macam Majlis Perwakilan Pengurusan bukan Majlis Perwakilan Pelajar. Mahu tidak... kita adu kat dia, last-last dia datang kat kita balik bagi jawapan pengurusan. Eh! kalau macam tu la... baik aku pergi sendiri cakap dengan pengurusan! Kami buat aduan tentang masalah supaya hang yang mengaku sebagai 'pemimpin' cuba cari jalan untuk selesaikan masalah kami! kami cuma jadi penyampai saja! Eh eh MPP ni. acah la.

Pada tahun 2015, ada seseorang tanya aku nak pergi kem tak? Aku rasa macam best. Tapi, masa tu komitmen aku memang aku bagi kat suksis. So, at the end aku tak pergi sebab aku ada training suksis. Ya la, kem hari Jumaat hingga Ahad kot. Training suksis hari sabtu. Kalau tak datang nka kena berjawab dengan jurulatih pulak satu hal. malas la aku nak berjawab nak kena buat surat lagi nanti. Tak lama lepas tu bila nak ada pilihanraya kampus (PRK) tiba-tiba aku dapat tau ada seorang junior aku dari SMF yang nak bertanding. Aku masa tu join Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PMFP) iaitu sebuah persatuan dalam fakulti. Aku ingat lagi, masa tu ada 3 orang calon bertanding. Okay, aku tak nak cerita pasal tu. 
Masa ni aku sem 2 kot, aku jadi pembaca doa masa majlis amanat dekan. sempoi ja baca teks doa guna handphone. haha. Masa ni aku masih dengan PMFP dan belum pindah ke kampus Puncak Alam lagi.

Aku pula masa tu naluri membangkang memang kuat. haha. Aku membangkang bukan bermaksud aku ni masuk geng pembangkan pakatan rakyat (sebelum berpecah dan bentuk pakatan harapan). Tapi, sebab aku ada prinsip, yang benar tetap benar, salah tetap salah...fullstop!

Kisah perjalanan awal aku menuju MPP bermula ketika aku berada di semester 5. Aku jenis tak boleh duduk diam. Ada saja aktiviti yang aku nak join. Waktu aku sem 1 hingga sem 4 aku terlibat dengan PMFP. Jadi, bila sem 5 aku rasa nak berhenti PMFP sebab aku rsa dah lama aku terlibat hanya dalam kepompong fakulti. Aku rasa sem 5 aku patut keluar cari pengalaman luar seba kau rasa pengalaman luar lagi best. Sebab di hujung sem 4 aku dah pernah join UiTM International Sports Fiesta sebagai liason officer. Langkah pertama aku untuk terlibat dengan aktiviti luar apabila aku apply untuk jadi pemimpin mahasiswa destini siswa (PMDS). Kemudian, yang namanya rezeki tu, Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Allah yang bagi aku rezeki untuk join MDS Mac 2016. Kalau ikutkan aku memang tak dapat dah sebab quota PM untuk fakulti Edu hanya 1 dan quota tu dah diisi oleh seorang kawan aku dari SMF. Tapi, atas kurniaan rezeki daripada Allah, kawan aku tu ada hal dan dia tak dapat join MDS Mac tu. Pengajaran dia di sini, kalau itu rezeki kita, jangan risau kalau dan masuk dalam poket orang lain pun boleh keluar balik masuk poket kita. Tapi, kalau bukan rezeki kita, duit masuk poket kita, kita siap jahit rapat-rapat tak nak bagi keluar pun, boleh keluar juga kalau Allah dah takdirkan itu bukan rezeki kita. Sebab tu lah, kita perlu bergantung harap hanya kepada Allah. lebih kurang macam tu la perumpamaannya. Okay... done dakwah :)

Masa aku jadi PMDS ni, aku seronok sebab dapat kenal dengan ramai orang daripada fakulti lain. Lepas tu bonding kitorang macam rapat gila lepas Kursus PMDS dan lepas MDS. Masa MDS ni juga la aku kenal dengan MPP daripada fakulti lain, bukan hanya fakulti aku saja. So, aku macam rapat juga la dengan MPP batch 2015/2016. Lepas habis ja MDS Mac 2016, ada seorang kawan MDS aku tanya aku, "Azmeer, kau nak join kem tak? ni kem kem untuk MPP?" Masa tu aku tak cakap banyak, terus aku setuju. 

"Eh tadi cakap ada prinsip! konon tak minat jadi MPP la... itu la...ini la...! Apa ni?!"
Hang sabaq sat boleh dak? Aku lempaq hang dalam laut sat gi ha...

Aku terima tu bukan sebab aku batak nak jadi MPP sangat!!! Ingat tak aku ni anti MPP dulu. Jadi, walaupun aku rapat dengan MPP 2015/2016, aku still tak suka dengan beberapa cara diorang dilatih. So, aku buat keputusan untuk join tu sebenarnya sebab aku nak tau macam mana MPP ni dilatih dan di 'brainwash'...haaaa...faham? Sebab aku tengok MPP ni macam jadi pak turut HEP dah. So, sebab aku ni suka kerja siasat menyiasat, aku pun nak tau cara latihan diorang. 

Aku juga dah dengar sikit-sikit tentang sistem piliharaya kampus di UiTM ni macam mana. Macam mana flow sebelum pilihanraya kampus. So, aku dah dapat tangkap semua kem-kem yang aku kena pergi. Kem yang aku pergi tu namanya Pro Lead 1. So, masa di kem tu ada beberapa perkara yang aku tak setuju. Lagi-lagi bila aku dengar perkataan "a good leader is a good follower." Perghhh...menyirap aku dengar. So, masa tu aku memang fikir, "patutlah selama ni korang just jadi macam pak turut sebab duk a good leader is a good follower, a good leader is a good follower!"
Lepas balik kem tu aku kecewa gila dengan kem tu. Serius kecewa yang susah untu digambarkan! Au rasa macam, "macam ni ke pemimpin pelajar UiTM dilatih?" Aku tak boleh brain. Itu belum cerita kes maki-maki bagai. MPP sendiri yang maki-maki kitorang. Lagi aku menyirap. Aku rasa aku hilang respect by that night juga kepada MPP! serius talk! Masa tu hormat yang ada hanya atas dasar kawan bukan atas dasar mereka tu MPP.

Kan aku cakap... aku seorang yang kuat membangkang atau dalam erti kata lain jenis rebel. Lepas aku balik tu, aku rasa kecewa juga beberapa hari. Selepas tu, MPP aku tanya aku nak pergi lagi tak sebeb lepas ni buat kat hotel untuk grooming. Aku pun terus setuju juga untuk kali ni.

"Ha tengok! hang ni memang nak jadi MPP ni. Acah ja konon tak mau jadi MPP."

Hang ni awat kelam kabut sangat. Jangan buat kesimpulan cepat sangat boleh dak. Aku rendam dalam tasik baru hang tau!

Aku setuju bukan sebab apa... aku memang suka dengan grooming, public speaking dan sebagainya. Aku rasa ni peluang untuk aku belajar benda tu untuk improve softskill. Dalam hidup ini, adakalanya yang membezakan jarak antara orang di depan dan di belakang adalah peluang! Jadi ingat, jangan takut untuk rebut peluang kerana peluang tak selalu datang dan jangan takut dikritik orang kerana dengan kritikan, InsyaAllah, kita akan jadi lebih matang (ini bukan pantun eh.haha). Selain daripada peluang untuk belajar grooming tu, aku juga nak join ke hotel tu sebab tu hotel kot! Duk kat kampus stress dengan assignment, bla...bla...bla...haha. Jadi, aku pun pergi la ke hotel tu dan program tu dinamkan Pro Lead 3 (ni siri yang ke 3).

Kat sini, aku jumpa dengan orang daripada fakulti lain-lain lagi. Ada yang aku dah jumpa masa Pro Lead 1 dan ada yang aku baru jumpa masa Pro Lead 3 atau short form dia PL3. Sepanjang kat sini, memang santai, dengar talk, makan sedap, tidur pun selesa. haha. PL3 ni masa bulan 5. Lepas tu aku juga join jadi pembantu untuk program de-up di UiTM Shah Alam. mMasa ni aku dah pindah ke UiTM Puncak Alam.
Ni masa program de-up

Kemudian masa cuti semester, aku dah sedia maklum akan ada satu kem lagi, kem last untuk calon MPP dan masa ni juga la borang permohonan PMDS keluar. Pergh... time ni dugaan juga untuk aku. Kenapa dugaan? jap gi aku cerita. 

Dulu aku join suksis
Bila dah keluar borang permohonan untuk jadi PMDS ni, aku terus start bagitau sorang MPP tanya tentang MDS sebab aku memang suka dengan MDS. Masa MDS ni aku boleh jumpa orang dan aku suka berjumpa dengan orang-orang baru. Masa ni aku fikir, salah satu cara untuk jadi PMDS adalah aku join kem last tu. Ha! ini la dugaannya. Kem last tu kem ragging kaw-kaw punya. Korang bayangkan aku nak kena buat pilihan yang susah gila. Kalau aku tak pergi kem tu, aku risau aku tak dapat jadi PMDS. Kalau aku pergi penat wey nak kena ragging. Ada yang pernah join kem-kem macam tu bagitau kat aku kata kat kem tu siap la kena torture mental. Tapi, aku ada firasat yang aku akan dapat pergi kem tu. Oh ya... sebelum aku terlupa, hanya peserta yang terpilih dan/atau berjaya tapi saja yang akan ke kem tu. Aku rasa masa tu aku akan dapat. 


Jadi, bila dapat saja panggilan ke kem tu, aku fikir dulu. Tak macam sebelum ni yang mana aku dapat ja offer aku terus setuju. kali ni lebih susah nak buat pilihan. Selepas fikir punya fikir, aku pun setuju. Takpalah at least lepas ni aku boleh join MDS guna kuota calon. haha. Kita kalau kita nak pergi satu tempat, kita kena try jalan yang ada. Kadang-kadang memang sakit sikit, tapi kalau betul-betul nak, kena usaha la. dapat tak dapat tu kita serah kepada Allah. Apa yang boleh kita buat sebagai hamba Allah adalah usaha! Tapi, perlu diingat, pegang aqidah bagi molek. Usaha dan ikhtiar kita tak boleh memberi bekas. Allah sahaja yang boleh memberi bekas. Makhluk tak dak kuasa, Allah yang Maha Berkuasa! faham? 

*panjang la pula wey nak taip... Ni baru kisah sebelum nak jadi MPP. adoiii. haha*

Sebelum aku dapat penggilan ke kem itu pun,  aku dah ada firasat yang aku akan jadi MPP. Aku tak tahu kenapa, tetapi aku rasa macam tu. Aku masih ingat lagi, ketika aku masih di UiTM Shah Alam yang akan menjalani kursus Pertolongan Cemas yang dianjurkan suksis, aku dapat berita bahawa guru aku ketika di Madrasah Ar-Rahmaniah dulu iaitu almarhum Baba Haji Salleh bin Musa telah meninggal dunia. Kemudian, imam muda Azhar tanya sapa yang nak tumpang dia balik ke Kedah untuk ziarah almarhum Baba buat kali terakhir, maka aku ambik keputusan untuk ikut sebab masa tu tak sempat nak cari tiket bas dah. Jadi, aku pergi ke Kedah dan balik ke Shah Alam semula dengan imam muda Azhar. Semasa di dalam kereta tu aku ada bersembang dengan imam muda Azhar tentang nak jalankan program pondok universiti bagi mengetengahkan institusi pondok tradisional di dalam masyarakat. Dia pun ada cakap kat aku kalau boleh buka la kitab ilmu sifat 20 boleh terang sikit-sikit kepada kawan-kawan yang ada. Aku hanya boleh mengiyakan sebab aku rasa aku tak layak lagi. Kemudian, dia ada bagitau yang dia nak buat macam sesi bedah kitab turath yang nipis-nipis ja untuk pelajar-pelajar universiti dan di sinilah dengan yakinnya aku boleh cakap aku akan jadi MPP semester depan walaupun tak bertanding lagi pun.hahahaha.

Tapi, aku nak sampaikan di sini, bahawa walaupun aku tak nak jadi MPP, tetapi, bila difikir balik...dengan menjadi MPP, aku boleh berkhidmat kepada agama Islam. Aku memang berniat dan berhajat nak banteras liberalism, syiah, wahabi serta fahaman-fahaman sesat yang lain supaya ianya tak disebarkan di dalam UiTM. Jadi, dengan jawatan MPP yang aku ada, at least aku boleh cuba sedaya upaya aku untuk mencegah di samping aku nak menegakkan syiar Islam di dalam UiTM dengan cara mengangkat persatuan-persatuan Islam ke dalam komuniti pelajar. Selain itu, aku juga nak banteras program-program yang bercanggah dengan syarak. Aku masih ingat, seawal aku naik MPP, dah ada pelajar mengadu diraba semasa satu program yang dianjurkan oleh satu pihak penganjur ni. Aku tak cakap banyak, terus aku contact dengan pihak penganjur dan akhirnya memandangkan aku tak dapat detail kejadia, aku terus hubungkan mangsa dengan pihak penganjur.

Ada juga kejadian, bila mana aku sedang berada di Surau Ibnu Sina di Puncak Alam untuk solat semasa MDS, tiba-tiba ada satu program di padang kawad ni buka muzik tak ingat dunia, aku terus pergi ke khemah teknikal. Diorang nampak ja aku, terus diorang tahu kena perlahankan, padahal tak cakap lagi. Mungkin diorang dah nampak kot cara aku berjalan macam nak marah orang.haha. Pengajaran di sini adalah apabila menjadi pemimpin ni kita kena tegas dan buat apa yang kita perlu buat. Kalau apa yang kita buat tu betul dan betul pula caranya, InsyaAllah, Allah akan permudahkan.

Baik, masuk balik part nak bertanding MPP. Dipendekkan cerita (nampak sangat dah malas nak taip. haha), bila aku dapat tahu aku kena bertanding dan ada 4 calon daripada fakulti pendidikan masa tu, aku plan dengan kawan aku sorang lagi, kami nak tarik diri. Bagi 2 orang calon lagi menang tanpa bertanding sebab kami kami rasa MPP bukan yang terbaik untuk kami. Ada seorang kawan aku nasihat supaya jangan jadi. Aku risau kalau aku jadi, potensi aku 'mati' dalam MPP sebab MPP UiTM Shah Alam sebelum ni katanya ramai yang sebelum naik MPP banyak idea, tapi bila dah naik, senyap.

Ni SMF aku ambil ayat twitter aku dan buat gambar ni lepas aku jadi MPP

So, bila aku nak tarik diri, aku dapat tahu 3 orang lagi dah tarik diri sebelum aku. jemmmm. Aku stay sebab aku sayangkan fakulti aku sebab masa tu nama fakulti pendidikan memang tengah naik. So, aku stay sambil berharap yang tarik diri tadi masuk balik. Last-last aku dapat tahu, ada yang setuju masuk balik. Aku ingatkan 2 orang yang masuk balik, so, aku boleh tarik diri. haha. Tapi, aku dapat tahu seorang ja yang masuk balik iaitu partner MPP aku, Syahid. Bila aku tahu aku menang tanpa bertanding, aku menangis malam tu sebab aku berbelah bahagi sama ada nak jadi atau tak. Tapi, nak tak nak aku kena teruskan juga. Aku percaya setiap yang jadi itu pasti ada hikmahnya.

Ni poster masa bertanding MPP. Nampak tak simbol tangan tu aku cuba berjuang demi pelajar.
                                     
Kalau nak tahu lagi kisah sebelum MPP, kena open table la. baru sedap cerita. haha.


***

Selepas jadi MPP...



Azmeer Bin Ahmad

                                                           

Muhammad Syahid Aiman bin Muhammad Bazlan

Selepas aku jadi MPP, aku dilantik sebagai Penolong Naib Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam 2016/2017 yang bertanggungjawab di Jabatan Pembangunan Mahasiswa. Di bawah Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM), terdapat 4 exco yang terdiri daripada 8 orang MPP yang akan bersama-sama aku di JPM iaitu exco kerohanian dan modal insan (Rahim dan Asmah), exco kesukanan dan kebudayaan (Syahid dan Biena), exco akademik dan kerjaya (Kamilah dan Yaya) dan exco kepimpinan (Akmal dan Zahir). Fokus utama aku adalah kerohanian dan kepimpinan selain daripada berhasrat nak bawa sukan antara fakulti di kampus Puncak Alam. Jadi, selepas saja aku naik MPP, aku terus jalinkan hubungan 'diplomatik' dengan persatuan-persatuan Islam dalaman seperti Persatuan Mahasiswa Hadhari, Persatuan Rakan Masjid, Pembina dan ALIS. Fokus utama aku adalah untuk naikkan persatuan-persatuan  supaya mereka dapat memainkan peranan di dalam komuniti mahasiswa di dalam kampus. Aku faham dengan stigma yang ada di kalangan sesetengah pihak menyukarkan pergerakan program, aktiviti dan lapangan dakwah mereka. Jadi, sebagai wakil pelajar, aku cuba ketengahkan mereka di dalam kalangan mahasiswa supaya mereka boleh memainkan peranan dengan lebih aktif.


Aku cuba teruskan apa yang cuba dibawa oleh MPP sebelum ini yang cuba ketengahkan buku garis panduan. Aku sedaya upaya untuk ketengahkan buku garis panduan hiburan di dalam kalangan mahasiswa supaya ianya dapat dilaksanakan di seluruh kampus UiTM di Selangor. Dari Puncak Alam aku ke Shah Alam untuk pertemuan pertaman dengan wakil-wakil persatuan Islam. Kami bincangkan tentang isu-isu berbangkit dan sebagainya. Kemudian, setelah itu, aku dengan exco kerohanian cuba bawa buku garis panduan ini ke kampus Shah Alam, Puncak Perdana, Puncak Alam cuma Sungai Buloh kami tak sempat pergi. Cuma atas beberapa kekangan untuk melaksanakan garis panduan ini, ianya tak semudah yang disangka. Daripada pihak kita memang kita nak laksanakan. Kalau tak, tak dak la aku nak bertungkus-lumus dengan exco kerohanian pergi sana pergi sini, keluar pagi balik tengah malam untuk jumpa persatuan Islam, SMF, persatuan-persatuan dalaman dan JPK untuk bincang tentang perlaksanaan garis panduan ini.


Aku pergi jumpa dengan pihak polis bantuan tentang isu naik motor berdua-duaan pun, susah nak dapatkan kerjasama. Selain polis bantuan aku juga jumpa dengan pihak berkenaan (rahsia) untuk bincang tentang penguatkuasaan, tapi, tak dapat persetujuan dan method yang dipilih adalah kempen. Bagi aku kempen memang boleh, tapi lambat. Lebih baik kalau penguatkuasaan dan kempen berjalan serentak. Tapi, itu la... Sebenarnya kalau pelajar saja yang nak gerakkan memang susah.


Awal penggal aku naik MPP, memang sibuk gila. Keluar pagi balik tengah malam tu tak tipu eh. Selama seminggu kot aku keluar pagi balik tengah malam. Bayangkan aku keluar pergi kelas pukul 8.30, aku balik bilik pukul 12 lebih atau kadang-kadang pukul 1 pagi. Balik tu untuk tidur, esok rutin yang sama. Makan tengah hari aku ada ketika pukul 7 petang. Penat wey... (bukan nak ungkit...tapi aku cerita pengalaman aku memandangkan ada yang minta aku share pengalaman aku sepanjang jadi MPP). Selain daripada seminggu tadi, aku sibuk dengan MDS, sibuk dengan assignment kena pergi interview sana, kena pergi sini.


Pada masa yang sama, aku nak naikkan nama MPP lagi, aku join sukan KARISMA supaya MPP ni betul-betul tunjuk teladan yang baik kepada pelajar lain. Bab akademik MPP boleh, bab kepimpinan MPP boleh dan sukan pun MPP boleh.


***


Akhir sekali, jadi MPP ni tak la semudah yang disangka. Aku tak salahkan MPP yang lepas train kami dengan maki-maki, torture mental kami dan sebagainya, kerana akhirnya seorang MPP memang perlu bersedia mental cukup-cukup. Aku berterima kasih kepada MPP yang lepas sebab banyak beri tunjuk ajar kat aku. Kadang-kadang ada benda yang kita perlukan masa untuk kita sedar tentang rasional sesuatu perkara walaupun ada beberapa yang macam tak patut. Tapi, yang mana baik kita ambik dan buat pedoman, manakala yang tak baik jadikan sempadan dan jangan diulang.

Setiap batch MPP ada kekuatan dan kelemahan masing, malah jika ditanya siapa antara orang yang betul-betul sayangkan UiTM, jawapan yang aku boleh berikan ialah MPP kerana mereka betul-betul merasai perjuangan nak mengangkat nama UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.

Aku ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang banyak menyokong aku sama ada di kalangan MPP, SMF, persatuan-persatuan dalaman, persatuan-persatuan Islam, JPK-JPK, kawan-kawan, PM dan mb serta semua yang berkenaan.






Team volleyball edu. power kot diorang main.


Terima kasih kepada yang hadiahkan


Bersama-sama dengan pelajar fakulti pendidikan




Rahim Exco Kerohanian


Parlimen Mahasiswa 2017




Team Jabatan Pembangunan Mahasiswa (Rahim dan Biena tak ada di dalam gambar)


Sesi Meja Bulat MPP Fakulti Pendidikan





















Sunday 2 July 2017

Membina Keyakinan Diri

Bagaimana nak bina keyakinan di dalam diri?

Jika kita mahu membina keyakinan diri kita antara yang mula-mula kita perlu buat adalah tawakkal dan letakkan kebergantungan kita kepada Allah. Percayalah. kita takkan boleh buat kalau bukan izin Allah. Kemudian, kita perlu sedar bahawa salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri adalah dengan letakkan kepercayaan pada diri sendiri. Kalau kita tak percaya diri kita, maka, jangan harapkan orang lain akan percaya kita.

Seterusnya, bagaimana mahu meningkatkan keyakinan diri? Satu perkara yang perlu kita ketahui bahawa seuatu kemahiran tak datang bergolek. Jadi, kita kena cari. Macam mana nak cari?

1- Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti persatuan, kemasyarakatan dan sebagainya.
2- Banyakkan interaksi dengan orang secara realiti, bukan melalui alam maya.

Kalau kita nak bina keyakinan diri, kita juga kena berani mencabar diri. Apa yang dimaksudkan dengan mencabar diri? Jawapannya adalah keluar daripada zon selesa. Selagi kita tak berani keluar daripada zon selesa, itu membuktikan bahawa kita masih belum yakin. Jadi, salah satu cara untuk keluar daripada zon selesa adalah dengan mencuba benda baru. Apabila kita mencuba benda baru, kadang-kadang kita mungkin akan benci dengan benda tu, tapi, InsyaAllah, sekiranya ianya dilakukan dengan passion, kita akan enjoy apa yang kita buat.

Pernah dengar phrase ni?

"Success is not the key to happiness, but happiness is the key to success. So, love what you do now." (lebih kurang macam ni la bunyinya).

Kebahagiaan itu perkara yang subjektif, tetapi apa yang cuba disampaikan di sini adalah, enjoylah apa yang kita buat sebab kalau kita tak enjoy, maka kita akan kurang belajar kerana banyak melayan perasaan tak suka tu.

Seterusnya, kalau nak confident ni, biar yakin yang jelas dan pasti. Jangan jadi seperti golongan yang "biar bodoh asal confident." Kita tak nak orang macam ni. Jadi, nak tak nak kita kena banyak membaca. Cari input untuk diri sendiri supaya diri tak kosong. Salah satu cara nak dapatkan input ni adalah dengan.... berbalik kepada perkara penglibatan kita dengan masyarakat, interaksi kita dengan masyarakat dan sejauh mana kita mencuba benda baru.

Pernah dengar phrase ni?

" Success is not a destination, but it is a journey."

Jadi, kejayaan, keyakinan itu tak datang sekelip mata. Dia melibatkan pengembaraan kita dalam membina keyakinan dari dalam bukan hanya daripada luar semata-mata. Kalau hanya daripada luar, itu keyakinan yang palsu dan keyakinan yang palsu biasanya aura tu tak dak. Benda palsu memang la kan.

Selain daripada itu (macam karangan), nak bina keyakinan diri ni, kita kena hindarkan diri daripada negative vibes. Contoh negative vibes adalah kata-kata yang mempertikaikan kebolehan dan kemampuan kita. Sampai bila kita nak dengar kata-kata orang? Kalau orang kritik kita, jangan mudah melatah. Kata nak yakin kan? Orang yang yakin tak mudah melatah. Kita tak perlu buktikan kemampuan kita dengan kata-kata, tapi, dengan hasil kejayaan kita.

Kemudian, belajar bercakap di khalayak ramai (public speaking). Bayangkan orang di depan kita seolah-olah menantikan sesuatu daripada kita. Jadi, berikan yang terbaik dan sampaikan dengan baik. Tetapi, jangan sampai rasa sombong dan angkuh kononnya kita la yang paling tahu banyak benda kat situ. Nak yakin boleh, tapi, jangan over-confident. Bila over-confident la boleh tergelincir masuk dalam golongan "biar bodoh asal confident."

Last, kalau nak tampil yakin, persediaan dan pengalaman kena ada. Pengalaman merupakan salah satu sebab kita meningkat matang dan dewasa. Persediaan pula merupakan satu keperluan sebab berbeza orang yang bersedia dengan tidak bersedia.

Believe yourself. Love yourself. Stay Humble.

Wednesday 7 December 2016

Sayonara...




Masa Kem Etika. Ambil gambar tak ajak aku.


Sayonara... Suksismates.


Ada seseorang pernah bertanya,


" Di dalam hidup kita, yang mana lebih lebih penting antara expected dan unexpected?"


Aku jawab, " Unexpected." Bukan kerana expected tak penting, cuma, dalam hidup kita perkara yang tidak diduga lebih kerap berlaku.

I expect that we will end this together. I expect that we will get to be inspector together.

but, Allah knows the best.

Teringat masa mula-mula masuk suksis.

Masing-masing penuh semangat. tapi, masa tu, kita masih belum rapat lagi. ya la, jumpa seminggu sekali ja.


Ingat lagi tak, kita mula bonding masa kem etika? inga lagi tak masa kita berkongsi suka duka hidup kita dalam sesi luahan perasaan dengan group etika? 


Tapi, bila sem demi sem berlalu bersama suksis, sorang demi sorang meninggalkan keluarga ini. 


Two years ago,

When i was having a self conflict, i found this family and i was so happy. i never regret joining suksis. i had two best roommates and the best ever and they are from our squads. Perasan tak yang bonding kita jadi kuat gila lepas kem PGA? kena gasak sama-sama. haha. Tanggung kayu balak, guling atas padang sama-sama. 

Gambar lepas majlis penutup kem induksi

Lepas tu,balik dari kem PGA terus ada sukan antara suksis. Pakat rabak habis masa tu. penat... 


Lepas habis sukan, terus kita sama-sama buat kerja untuk program dinner suksis (yang aku bagi ucapan tanpa teks tu...bukan sebab hebat tak perlu tengok teks..tapi, sebab lupa bawa teks.haha...salutasi bersepah...TNC HEP aku sebut Dato' Dollah ja..tu pun aku tak perasan hahaha) 


Dalam suksis aku ada beberapa orang member yang aku rapat macam Akmal, Azri ( dua orang ni roommates aku waktu aku di Shah Alam dulu), Haziq, Muaz, Quwe, Fiza, Alin, Nana, Nawal, Diya, Mimi. Ni la geng yang aku boleh buat gila-gila dengan diorang. hahaha. 


Dengan rooommate aku dulu, selalu ja keluar makan dengan diorang. Yang paling berjimat sekali Azri. cukup susah nak ajak dia pi makan. Akmal pula kaki wayang. ajak ja pi tengok wayang, laju.haha. 


Dulu ada juga geng nak keluar lepak macam Fizi, Hafiz, Reduan dengan Azeem pun kadang-kadang join juga. 


Dengan Akmal dan Azri la aku banyak share rahsia aku. hahaha.



But now,

I have to consider about the responsibility that i bear as the Students Representative Council (SRC). I have to let them go, yet, it's not a because they are not important to me. They are very important to me, but, i have to realize that i bear the trust of people on me to represent them.
I used to say, i don't want to be SRC. If i'm given the options between SRC n suksis, i would choose suksis.

Tapi, Allah mengetahui apa yang terbaik.

Ditakdirkan aku menjadi seorang daripada MPP, jadi, situasinya dah tak sama di mana aku perlu tahu bahawa mpp ini adalah tugas hakiki aku. 


Semalam, pada 7 Disember 2016, aku telah menyerahkan surat perletakan jawatan aku sebagai anggota kor suksis UiTM Shah Alam dan barang-barang pun aku dah serahkan. Macam biasa, aku buat muka biasa, cakap macam biasa dengan jrulatih-jurulatih aku. 


Tapi, jauh di sudut hati aku, aku menangis...sedih... sebab aku sedar, kalau aku dah hantar, memang itulah penamat antara aku dengan suksis. 


Bayangkan...orang yang kau dah bersama-sama dengan diorang selama 2 tahun, jalan sama-sama, suka duka sama-sama dan kau memang nak tauliah sama-sama, tiba-tiba kau tiba di satu simpang, kau terpaksa belok dan berpisah dengan mereka yang meneruskan perjalanan mereka. Apa yang kau mampu buat ketika tu, hanya mampu mereka beredar, meneruskan perjalanan meninggalkan kau dan kau hanya mampu menangis menahan sedih melihat mereka beredar meninggalkan kau. 


Aku sedih... sebab aku sedar lepas ni kemungkinan hubungan tu akan jadi renggang. Aku pula akan sibuk dengan tugas sebagai MPP. 

Kehidupan aku sekarang sudah berubah dan berbeza daripada sebelumnya. Tapi, itulah realiti kehidupan. Tak semua yang kita nak kita akan dapat. Tak semua yang kita duga akan terjadi. 


To all my suksismates, please forgive all my mistakes that i've done...Thanks for your support all this time. Thanks for being the best team for me. Thanks for the memories. Even though, i'm not with you guys anymore, But I will try to support you guys and even though i'm not with you, i will still concern about you.


I really hope that this is not the end for our friendship... Biar jauh di mata. namun dekat hati. Aku minta maaf sebab terpaksa undur diri dan membawa haluan diri. Thank you so much for the memories. 


Selamat Maju Jaya kepada semua bakal Inspektor. Sebelum mengakhiri tulisan ini, izinkan aku mohon untuk lapor buat kali yang terakhir... Andaikan aku sedang melapor kepada Cik Zul dengan berpakai baju ribena seluar operasi berberet. Ini adalah kali terakhir untuk aku melapor walaupun bukan pada realitinya....


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamu'alaikum Cik.

Saya Azmeer bin Ahmad, K/S 45486 mohon kebenaran untuk melakukan tugas-tugas yang lain cik. Terima kasih cik.

*Keluaaar Baris!*

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih semua. Semoga bertemu di lain masa. 
*Tolong cari pengganti biro kerohanian* :)

Assalamu'alaikum.